Khamis, 26 November 2009

Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan

'Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.'' (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)'

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud:

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:

'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)

Sahabat,ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?

Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tuaSia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!

Isnin, 16 November 2009

Damba Kasih...


ini adalah sedikit drpd lirik lagu yg selalu menginsafkan sy bila setiap kali sy dgr. kdg2 sengaja sy ingin mdengar lagu ini utk mnimbulkan keinsafan dlm diri sy. tetapi insaf saja tdk mberi apa2 makna selagi kita tidak brubah ke arah yg baik, betul tdk?


Jumaat, 16 Oktober 2009

Selawat Dan Salam


Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada
Muhammad SAW yang membebaskan akal manusia
dari belenggu-belenggu penyimpangan dan
menyelamatkan jiwa dari malapetaka kesesatan.
Kurniakanlah redhaMU kepada para sahabat
yang mulia sebagai ganjaran atas apa yang
telah mereka perjuangkan. Amin.

Rabu, 14 Oktober 2009

sedikit dari cerita DOA KASIH..

.......
Namun, sedikit pun tidak tergambar keceriaan di wajah Maisarah yang sedang duduk bersendirian di bawah sebuah pohon yang rendang dan redup. Seredup hatinya. Keayuan wajahnya ketika ini diselubungi hiba dan kepiluan yang hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. “Astaghfirullah al’adziim”, seraya lidah Maisarah beristighfar, memohon keampunan kepada Ilahi atas kelekaannya melayani perasaan sendiri. Semoga dengan mengingati dan menyebut nama-Nya maka tenanglah hati dan juga cekal jiwanya menghadapi perasaan yang dialaminya kala ini.

Suasana keriuhan gelak ketawa manusia di sekelilingnya tidak dihiraukan oleh Maisarah. Ketika kini dia sedang tunduk melihat skrin pada telefon bimbit di tangan kanannya. Masih buntu fikirannya ingin membentuk kata-kata untuk membalas mesej di dalam peti masuk yang diterimanya semalam. Dia menghela nafasnya lalu menghembuskan perlahan.

Rizal sayangkan Sarah dan Rizal tidak mahu kehilangan Sarah.

Buat ke sekian kali Maisarah membaca kata-kata itu. Itulah pesanan ringkas yang terakhir diterimanya daripada Farizal. Kata-kata indah dan manis itu sebenarnya teramat pahit untuk Maisarah telan meskipun Farizal adalah insan yang bertahkta di hatinya. Dia mendongakkan kepalanya dan memandang ke arah sekumpulan burung yang berterbangan di udara. Telefon bimbit masih erat di genggaman. Mesej daripada Farizal belum juga dibalas dan kini wajah lelaki itu pula terbayang di matanya.
* setakat nie ja kamu ikut ceritanya... sikit ja lg mau selesai tp bingung ku... sentimental betul otak ku nie... bila lah mau selesai..

Muhammad Tersenyum Jua

Seorang sahabat Nabi Muhammad sangat suka bergurau. Beliau adalah Nuaiman yang juga menjadi tentera, berperang dalam peperangan Badar. Namun begitu, beliau juga merupakan antara sahabat yang miskin. Walaupun Nuaiman miskin, beliau mempunyai hati yang mulia dan suka menolong orang lain. Sekiranya mempunyai lebihan wang, beliau akan menjamu orang miskin di masjid.

Pada suatu hari sedang Nuaiman berjalan-jalan, beliau bertemu dengan seorang penjual madu. Pada masa itu, penjual madu sedang melalui jalan yang dekat dengan rumah Nabi Muhammad. Nuaiman terfikir hendak membeli madu itu, namun beliau tidak mempunyai wang. Akhirnya beliau mendapat satu idea.

"Wahai penjual madu." panggil Nuaiman.

Penjual madu itu datang menghampiri Nuaiman sambil membawa beberapa botol berisi madu.

"Tuan memanggil saya?" tanya penjual madu.

"Berikan saya satu botol madu," kata Nuaiman.

"Baiklah. Ini dia, tuan," kata penjual madu sambil menghulurkan sebotol madu kepada Nuaiman.

Sambil mencapai botol madu yang dihulurkan itu, Nuaiman berkata, "Saudara tunggu di sini. Nanti duit madu ini akan dibayar oleh tuan rumah ini." kata Nuaiman sambil menunjukkan rumah Nabi Muhammad.

Nuaiman membawa botol madu itu lalu pergi ke rumah Nabi Muhammad. Nuaiman mengetuk pintu dan memberi salam. Nabi Muhammad keluar sambil menjawab salam Nuaiman.

"Wahai kekasih Allah, terimalah hadiah daripada saya," kata Nuaiman, sambil memberikan botol madu yang dipegangnya kepada Nabi Muhammad. Nabi Muhammad yang tidak tahu apa-apa itu mengucapkan terima kasih kepada Nuaiman. Nuaiman tersenyum lalu pergi dari situ.

Apabila melihatkan Nuaiman pergi jauh tanpa membayar harga madu yang dibelinya, penjual madu itu naik marah. Lantas beliau pergi mendapatkan Nabi Muhammad.

"Tuan, tuan sudah mendapatkan madu daripada saya, tetapi tuan belum membayarnya," kata penjual madu.

Tahulah Nabi Muhammad yang Nuaiman bergurau dengan beliau. Nabi Muhammad tersenyum sendirian dan terus membayar harga sebotol madu yang dibeli oleh Nuaiman itu. Penjual madu itu berlalu selepas mendapatkan wangnya.

Keesokan harinya Nabi Muhammad meminta sahabat memanggil Nuaiman. Nuaiman akhirnya datang berjumpa Nabi Muhammad dalam keadaan takut. Nabi Muhammad tidak marah kepada Nuaiman, tetapi beliau ingin tahu kenapa Nuaiman tidak membayar harga madu yang dibelinya.

Nuaiman berkata, "Wahai kekasih Allah. Saya ingin sekali melakukan kebaikan kepada tuan. Tetapi saya tidak mempunyai wang pada masa itu. Maafkanlah saya." Nabi tersenyum mendengar kata-kata Nuaiman.


Dipetik dari buku Seindah Senyuman -Kisah-kisah Nabi Muhammad Bersama Masyarakat.

Selasa, 13 Oktober 2009

Tetaplah Redha Sekalipun Harus Menggenggam Bara Api


Jika dirimu dilanda kesusahan
Bisikkanlah harapan yang menjanjikan kepadanya
Maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang.

Perisailah dirimu dengan harapan
Agar tidak putus asa
Hingga kecemasanmu lenyap dimakan waktu.

Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu
Kerana di antara teman-temanmu
Ada orang-orang yang dengki
Dan senang dengan penderitaan orang lain.

Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu
Kerana hal itu akan membuat yang bersangkutan
Mati sebelum waktunya.

Kecemasan itu tidak selamanya
Mengongkong seseorang
Sebagaimana kegembiraan punAdd Image
Tidak selamanya menghiasinya.

Andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi akal
Nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini
Bagi orang-orang yang berwaspada.