Khamis, 11 April 2013

♥ Destinasi Cinta ♥ Korea Selatan ~ Episod 1 ~

Assalamualaikum..

Ikutilah cerita cinta romantika ini tanpa rasa jemu dan pedih ulu hati atau sakit hati kerana cemburukan aku. Hehehe (gelak perasan). Jangan marah. Tentunya ini adalah pengalaman dan kenangan indah dlm hidupku. Semoga ada yg dapat dikongsikan bersama di sini.

Pada 17-22 Februari 2013 bagaikan tidak percaya aku selamat pergi dan balik dari Korea Selatan bersama suami tercinta. Setelah sekian lamanya aku mengimpikan utk sampai ke sana akhirnya dpt juga aku merasa musim sejuk di Seoul. Apa yg paling jelas menuju ke destinasi cinta nie ibarat perjalanan berani mati kerana inilah buat pertama kalinya kami berdua suami isteri pergi luar negara tanpa pemandu arah. Hanya berbekalkan keyakinan bahawa Allah akan melindungi kami dan aku sangat percaya suamiku tidak akan menyesatkan kami di sana. Sememangnya persiapan encik suami cukup rapi dlm mempelajari selok belok jalan dan bagaimana cara membawa diri di negara pilihan kami utk memadu kasih nie. Bulan madu kah? Heheheh.. anggaplah berbulan madu dan yg sangat membahagiakan lagi adalah kerana ketika itu aku sedang mengandung 25 minggu.

Pada mulanya aku cukup risau akan kesihatan ku bila berada di sana. Aku nie jenis yg tidak tahan sejuk. Tahan tue boleh sebenarnya tapi aku takut penyakit Asthma aku datang menyerang. Tapi syukur Alhamdulillah masalah tue tdk terjadi di sana cuma masalah lain pula yg aku alami. Aku sakit kaki. Huhuhu. Maklumlah sejuk punya pasal juga yg membuat aku rasa seluruh badan aku berat dan kaki tersangatlah sakit utk berjalan. Hari pertama lagi aku sudah merasa betapa sengsaranya utk aku melangkahkan kaki. Encik suamiku boleh pula berjalan mcm biasa dan sungguh bersahaja. Cemburunya aku. Lebih menyakitkan lagi bila melihat masyarakat di sana bergerak tersangatlah laju. Berjalan dan berlari mengejar apa aku pun tdk tahu.. huhuhu. Maka aku terpaksa berjalan mengikut kudratku. Sabarlah.. mahu berjimat punya pasal kenalah banyak berjalan kaki. Hehehe. Naik dan turun tangga terlalu kerap di stesen subway memang sangat mencabar aku ditambah lagi keadaan tempat yg kami lawati kebanyakannya berbukit-bukau.


EPISOD 1 ♡ Hari Pertama ( 17.02.2013 )

Korea Aku Datang ^_^

Kami mendarat di lapangan terbang Incheon, Seoul kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan. Dgn menaiki kapal terbang AirAsia penerbangan dari LCCT Kuala Lumpur ke sana mengambil masa lebih kurang 7 jam.  Sebaik saja keluar dari bangunan terminal dan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa wajahku yg tak seberapa nak ayu nie :p aku tdk henti memuji Allah. Subhanallah... Maha Suci Allah, sungguh indah cuaca sejuk ini. Suhu -2ÂșC menyambut kedatangan kami. Nasib baik aku sudah siap sedia memakai baju sejuk sejak dari Kuala Lumpur lagi. Hehehe.

Sebaik keluar dari bangunan terminal lapangan terbang Incheon (:

Dari lapangan terbang kami terus menuju ke Hoegi dgn menaiki train semestinya utk daftar masuk di bilik penginapan kami. Suamiku memilih Co'op Residence sebagai tempat utk kami menginap selama berada di sana kerana hotel nie sangat dekat dgn stesen subway yg akan kami guna pakai setiap hari. Guna pakai? Okey :). Selesai daftar kami masuk ke bilik utk menyimpan barang dan cepat-cepat bersiap utk keluar. Tdk perlu berehat walau sebentar sekali pun kerana kami sudah tdk sabar utk berjalan. Di samping itu kami kena mengikuti jadual yg telah disediakan oleh encik suami. Sesungguhnya masa itu emas, kan? Sangat skema di situ :)

Seoul Central Mosque, Itaewon
Destinasi pertama kami adalah ke masjid sentral di Itaewon yg terletak di kawasan bukit. Pada awalnya aku memang sungguh bertenaga melalui jalan-jalan di situ sambil melihat deretan kedai yg menjual pelbagai barangan. Ada kedai pakaian, kedai buah-buahan dan yg menariknya banyak restoran halal boleh didapati di sini. Apa-apa pun kami terus ke masjid dulu utk tunaikan solat Zohor. Selepas tue apa lagi kalau bukan mengisi perut dgn makanan Korea. Emmm..

Masjid @ Itaewon
Alhamdulillah selesai solat ambil gambar dulu ^_^

With my priority after Allah and Rasulullah

Pemandangan di sekitar kawasan bandar Itaewon laluan menuju ke
Central Mosque :-





My Ninja Warrior ♡

Kami makan di sini

Kami makan yg nie saja
Kim-chi Chi-gae
dan
Bol-go-gi Dukbaegi

The War Memorial & Museum of Korea
Walaupun penat berjalan sudah mulai aku rasakan tapi tenagaku bertambah sedikit selepas makan. Alhamdulillah.. sedap Bol-go-gi Dukbaegi tue. Sup daging lembu. Tapi kami tdk boleh membuang masa selepas makan (hakikatnya masa kami sudah terbuang sewaktu menunggu hidangan disediakan tadi.. cukup lama juga kami menunggu. huhuhu) kami teruskan perjalanan menuju ke War Memorial & Museum of Korea yg terletak di Yongsan-dong, Yongsan-gu, Seoul. Cara utk ke sana dari Itaewon aku tdk pandai terangkan sebab aku dipandu arah oleh encik suami. Apa yg pasti kami naik train dan pendek kata aku ikut saja ke mana encik suami membawaku. Aku sedaya upaya menghayun langkah tetapi bagaikan berjalan sambil menutup mata. Hehehe. Kawasan yg kami lawati nie sangat luas dan sudah pastinya mencabar aku utk berjalan. Apa pun sungguh seronok melawat ke tempat nie dan masuk adalah percuma :)

Welcome to...

Bangunan Muzium













N Seoul Tower
Hari sudah petang. Menurut suami jadual kami terpaksa diubah yg mana sepatutnya selepas dari muzium tadi kami akan ke Namsangol Hanok Village iaitu sebuah kawasan perkampungan tradisional dan kebudayaan masyarakat Korea di Namsan. Tetapi sayangnya kami tdk cukup masa dan mengikut jadual juga kami mesti sampai ke N Seoul Tower sebelum hari gelap. Maka lawatan ke Namsangol Hanok Village serta merta dibatalkan. Jadi kami teruskan perjalanan ke N Seoul Tower utk lawatan seterusnya di mana menara yg khabarnya selalu menjadi lokasi penggambaran drama Korea itu terletak di puncak Gunung Namsan, Seoul. Walaubagaimanapun utk pergi ke bangunan Namsan Cable Car kami harus berjalan kaki di laluan yg berbukit sebelum sampai ke menara. Huhuhu.

Mendaki bukit dgn langkah perlahan sambil pegang perut dan berzikir.
Baby ku sayang ♥ 

Tempat yg hendak dituju sudah kelihatan tapi
masih jauh lagi utk sampai ke situ :(

Naik tangga yg punyalah tinggi dan
bila nampak yg nie boleh senyum sikit ;)

Pergilah sini utk naik cable car ke menara.
Klu mau jalan kaki ke menara pun boleh tapi kami tdk mau.
Hehehe. Alamat encik suami akan mendukung dua orang. Kasian pula kan :p

Bandaraya Seoul dari dlm cable car. Hari hampir senja

Sudah sampai di puncak Gunung Namsan. Perkarangan menara

N Seoul Tower pada waktu senja

Senyum tak perlu kata apa-apa

Sebelum naik ke menara kami pergi muzium nie dulu.
Terletak di bawah menara tue saja



Oppa.. (:



Yg nie boleh dilihat dari menara.

Keluar saja dari bangunan menara tue sah hari sudah malam.
Kami ke kawasan 'kunci cinta' yg sangat popular nie pula.
Sekadar ambil gambar saja tdk buat kunci pun.
Lihatlah suamiku yg nakal dan manja itu ^_^

♥ F & H ♥

Muka serius yg tidak boleh blah..♥..

N for Nuranee (:

N Seoul Tower pada waktu malam

Turun tangga sebelum naik cable car utk meninggalkan N Seoul Tower

Berjalan menuruni bukit utk kembali ke pangkal jalan. Hehehe
Balik hotel utk merehatkan diri.

Sekembalinya kami ke hotel maka episod 1 yg merupakan hari pertama kami di Korea Selatan nie pun berakhir. Penat memang tdk terkata tapi Alhamdulillah kami tdk mengalami sebarang masalah. Pepatah melayu "malu bertanya sesat jalan" langsung tdk wujud di sini sebab kebanyakan papan tanda mudah utk difahami dan keyakinan diri suamiku cukup membantu perjalanan kami. Syukurlah hari nie kami tdk sesat. Hehehe. Pesanku kpd sesiapa yg berkenaan rajin-rajinlah baca ayat di bawah nie walau di mana saja berada. Semoga bermanfaat. :)

Aku amalkan baca ayat nie sambil usap perut.
Baby ku sayang ♥


Bersambung...

Selasa, 2 April 2013

Biskut Raya

Assalamualaikum

Eh eh.. apa kes nie? Hari raya lambat lagi.. bulan Ramadan pun ada 100 hari lagi lah kenapa tiba-tiba buat entry biskut raya pula? Kenapa nie? Buat promosi jualan biskut raya agaknya. Hehehe tidaklah. Nie kes org mengidam biskut raya. Rasanya sejak awal mengandung sampailah ke hari nie kandungan aku hampir 8 bulan aku asyik sebut ingin makan biskut raya. Biskut raya. Biskut raya. Selalu sebut depan suami dalam hati. Tapi makannya tdk pernah juga.. huhuhu. Maklumlah sekarang bukan musim raya memang susah mahu dapat makan. Tapi boleh saja beli di kedai. Jualan biskut raya Tahun Baru Cina ada lagi rasanya kan? Emm.. oh tidak. Bukan apanya selera aku nie lain sikit. Aku ingin makan biskut yg homemade tdk kira buatanku sendiri atau buatan org yg sudi buatkan aku.. hehehe. Masalah sekarang aku malas mahu membuatnya. Nampak gaya kena tunggu kedatangan bulan Syawal jugalah baru dapat merasa makan biskut kegemaranku dan yg tak seberapa nak gemar. Tapi utk pengetahuan am aku nie sangat suka makan biskut raya ♥. Apa-apa pun utk kenyangkan hati aku selalu tengok gambar biskut-biskut yg ada dgn encik Google ^_^

Almond London. Sangat suka lebih-lebih lagi yg aku buat sendiri :p
Yg nie aku belum pernah buat lagi. Resepi sudah sedia
rasanya mahu cuba buat utk raya tahun nie

Sebenarnya tdk banyak jenis biskut yg aku boleh buat. Ada dlm 2 3 4 5 6 jenis saja rasanya. Tue pun aku belajar buat ikut resepi dr buku, majalah dan internet. Tahun-tahun lepas aku juga menerima tempahan biskut raya dr kawan-kawan aku. Tapi utk tahun nie aku tdk tahu lagi dpt buat atau tidak sebab aku akan bersalin dlm masa terdekat org sibuk-sibuk membuat persiapan raya nanti. Eh ya kah? Kiranya masa tue aku baru bersalin lah.. hehehe. In shaa Allah klu ada rezeki dan tulang empat kerat ku berkemampuan membuat aku akan cuba juga utk penuhi tempahan yg ada. Apa pun aku memang geram tengok gambar-gambar biskut nie.. oh oh oh.. (:












Dlm banyak-banyak biskut yg nie paling senang mahu buat.
Sedap pun sedap sebab aku suka biskut susu dan aku namakan yg nie Kuih Miskin
memandangkan bahan-bahan dia sikit saja.
Pun begitu aku tetap malas mau buat sekarang nie.
Huhuhu...

Emm.. puas hati aku dpt cuci mata tengok biskut-biskut yg beraneka jenis nie. Apa pun aku harap anak dlm kandunganku nie tdk meleleh air liur bila lahir nanti sebab ibu dia belum dpt makan biskut raya lagi sampai sekarang. Aku bukan mengidam sangat tapi memang hobi aku tengok gambar biskut dlm Google. Kadang-kadang lebih kpd mencari resepi baru. Alasan!!! Hehehe. Ok lah, cukup sampai di sini saja. Sekian.

Isnin, 1 April 2013

Java Island

Assalamualaikum

Pada cuti sekolah hujung tahun 2012 lepas aku dan suami bersama ibu bapa mertua serta dua adik ipar perempuan ku berkesempatan pergi ke Pulau Jawa, Indonesia. Inilah cerita aku jalan2 di luar negara. Pertama kali nie aku jalan2 di luar negara Malaysia. Sangat teruja. Masa nie aku tengah mengandung 3 bulan. Eh ok kah jalan jauh2 nie? Alhamdulillah.. macam yg aku cerita dlm post sebelum nie bahawasanya aku tdk mengalami sebarang masalah semasa mengandung seperti alahan, morning sickness dan yg sewaktu dgn nya. Syukurlah, cuma aku kena berhati-hati dan harus sentiasa menjaga kandungan agar selamat walau di mana saja berada.

Penerbangan kami ke Yogyakarta, Indonesia bersama AirAsia dari LCCT Kuala Lumpur lebih kurang jam 3 petang. Cuaca agak mendung ketika penerbangan kami berlepas dan dpt aku rasakan gegaran yg membuat aku rasa panik sekejap seawal 15 minit di udara. Apa lagi serta merta aku ingin mengepit peha encik suami di sebelah ku sambil mata sedikit terpejam.. huhuhu. Akhirnya kapal terbang selamat mendarat di Yogyakarta hampir Mahgrib waktu Indonesia.

Sebenarnya kami membawa diri ke Pulau Jawa nie adalah sebagai percutian sambil tue sudah tentu ingin melawat keluarga yg berada di sana selain mendapat tawaran harga tiket yg murah daripada AirAsia. Destinasi tetap kami adalah di daerah Magelang, Jawa Tengah yg mana menjadi tempat utk kami menginap selama bermusafir nie. Tapi kan yg sebenarnya aku sangat ingin pergi ke tempat nie bersama suami tercinta. Apakah nama tempat nie ya? hehehe cer tengok cer tengok gambar nie.. 


Borobudur Temple, Central Java, Indonesia

Temple nie terletak tdk jauh dr tempat tinggal kami. Jadi boleh pergi ke situ bila-bila masa saja. Seingat aku kami pergi selepas dua hari berada di Indonesia. Jangan tdk tahu yg aku sanggup panjat anak tangga setinggi tue utk naik sampai ke atas temple nie.. eh larat kah? Bolehlah.. dan berpeluh-peluh jugalah.. nah rasakan :). Tapi aku kan memang teringin pergi ke situ jadi rugi rasanya klu tdk sampai ke puncak. Macam naik gunung pula. Hehehe. Serius tempat nie sangat menarik dgn keindahan hijau bumi tuhan.

Di sekitar temple

Di persekitaran Borobudur Temple nie sebenarnya juga terdapat pasar yg menjual pelbagai cenderahati tapi sayangnya kami tdk sempat berkunjung ke pasar tersebut memandangkan waktu melawat hampir ditutup. Agak kecewa di situ. Huhuhu.

♥ Encik Suami ♥

Selain dr berkunjung ke Borobudur Temple nie ada banyak lagi tempat yg aku pergi termasuklah ke Jakarta dan Bandung. Pendek kata kebanyakannya kami lebih kpd mengunjungi rumah keluarga dan kenalan bapa mertua ku. Kiranya masa dua minggu berada di sana aku memang tdk duduk diam. Bila berjalan pd waktu siang tdklah terasa sangat penatnya tapi bila waktu malam rasa susah juga hendak tidur. Al-maklumlah tengah mengandung memang rasa tdk selesa utk tidur. Mujur kesihatan tdk terganggu.

Utk mengakhiri cerita gambar di bawah nie pastinya akan mengabadikan kenangan manis ku bersama suami ketika berada di Pulau Jawa. In shaa Allah panjang umur dan dimurahkan rezeki harap dapatlah kami ke sana lagi. Sekian.

1. Singgah makan Pecal Lele di warung tepi jalan sewaktu menuju ke Jakarta.
2. Makan bakso di Jakarta.
3. Di Magelang berlatar belakang Gunung Sumbing pd waktu pagi. Cuaca di sini agak sejuk.

Khamis, 21 Mac 2013

Mommy To Be :)

Amboi amboi... tajuk post kali nie muka ada senyum. Heheh. Assalamualaikum dan salam rindu kpd silent reader ( jika ada ).. kpd yg sudi membaca harap dpt kongsi ke"happy"an ku di sini. Post kali nie lebih kpd cerita imbas muka ( dalam bahasa sastera yg bermaksud penceritaan semula ) kerana aku baru berkesempatan beraksi lagi dalam dunia blog nie. Huhuhu. Imbas muka? Boleh pakai kah tue? Mana2 sajalah.. :)

Alhamdulillah.. syukur sangat2 kpd Allah kerana memberikanku rezeki mengandung buat kali kedua selepas setahun aku keguguran kandungan pertama. Waktu nie kandunganku sudah memasuki trimester terakhir. Biar betul? Bayangkan punya lama aku tidak update blog nie. Hampir2 terbersalin sudah rupanya. Hehehe. Sekarang kandunganku dalam minggu ke 29 maknanya ada lebih kurang dua bulan lagi aku akan menjadi ibu. In shaa Allah.

Ingin dijadikan cerita, alkisahnya aku sudah dpt agak yg aku mengandung apabila menyedari haidku lewat "mendatangkan diri" pada bulan September 2012. Mungkin sebab pengalaman mengandung pertama kali setahun lepas dan juga memandangkan aku juga mengalami kitar haid yg cukup teratur setiap bulan maka aku yakin bahawa diriku sedang mengandung. Dalam masa yg sama emosiku sangat sensitif. Kadang2 kurasa sedih tiba2 tdk tentu pasal. Aku juga mula rasa ingin makan sesuatu makanan yg kadang2 membawa kpd menyusahkan encik suamiku. Selain itu tanda2 seperti selalu ingin buang air kecil, penat dan mengantuk gila juga aku alami. Sampailah suatu masa lebih kurang dua minggu selepas haidku tdk juga datang2 maka aku dan suami mengambil keputusan utk buat UPT "urine pregnancy test".. Saspennn.. hehehe. Dan akhirnya ini adalah keputusannya... dua garis merah menandakan hasil ujian adalah positif. Mengandungkah aku? Tengok nie..

~_~

Seperti yg sudah aku jangkakan. Tapi ujian nie dibuat hanya utk memastikan saja. Selepas ujian nie dibuat pada waktu pagi di rumah maka pada sebelah petangnya suami membawa ku ke klinik bagi menambahkan lagi kepuasan hati kami menjawab persoalan nie. Di klinik doktor telah scan  dan jelas terlihat ada sesuatu di dalam rahimku. Aku dan suami senyum dgn penuh syukur. Doktor juga mengesahkan bahawa esok bersamaan 15 Oktober 2012 kandunganku akan masuk 7 minggu. Alhamdulillah :)

Lihatlah si kecil itu sewaktu berusia 6 minggu 6 hari di alam rahim. huhuhu

Aku sangat gembira saat itu bila melihat janin yg ada di dalam rahimku sudah memperlihatkan gerakan denyutan jantungnya. Sangat menyentuh perasaanku. Dgn itu doktor menyarankan agar aku segera membuat kad merah sebagai rekod kesihatan ibu mengandung. Hemmm.. kad merah?? Aku pun pergilah ke klinik kesihatan dgn tak seberapa nak segera. Tdk silap aku rekod kesihatan itu aku miliki ketika kandunganku berusia 9 minggu.

Buku Rekod Kesihatan Ibu a.k.a Kad Merah, Buku Merah atau Buku Merah Jambu milikku (:  

Utk mendapatkan kad merah tue memang agak menjemukan sikit bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku tue hanyalah perkara kecil kerana encik suami setia menemaniku di klinik. Walaubagaimanapun pergi ke klinik kesihatan yg berdekatan dgn kediaman seawal mungkin adalah sangat digalakkan. Ini kerana proses utk mendaftar kali pertama mengambil masa yg agak lama. Tapi sebelum pergi ke klinik tue pastikan salinan dokumen yg diperlukan dibawa bersama. Jika dokumen2 tue tiada maka hajat anda utk memiliki kad itu secara automatik tdk akan tercapai. Pesanan ini ditujukan kpd sesiapa yg berkenaan. Harap maklum. Harus diingat bahawa kad merah nie perlu disimpan dan dijaga sebaik mungkin serta wajib dibawa setiap kali lawatan ke klinik atau hospital jika ada kecemasan serta sebarang masalah mengenai kandungan. Sejak memiliki kad merah tue setiap hari aku kena makan vitamin yg diberikan setiap kali lawatan ke klinik. Demi kesihatan aku dan si kecil dalam perut ku. Huhuhu..

Bercerita tentang keadaanku selama 7 bulan aku mengandung nie, Alhamdulillah nampak baik2 saja. Dari awal aku tdk mengalami sebarang alahan. Aku juga tdk mengalami morning sickness yg teruk atau tak seberapa nak teruk. Memandangkan aku tdk mengalami sebarang masalah semasa mengandung di trimester pertama tue maka aku telah berkesempatan pergi ke luar negara. Tapi itu akan aku ceritakan di post akan datang. Apa yg pasti sekarang nie aku sudah sangat teruja menanti kehadiran cahaya mata, cahaya cinta aku dan suami. Keterujaanku semakin ke tahap maksima apabila suami membawa aku shopping barangan baby. Suka.. :D

Yang tersedia setakat minggu ke 29.

Rasanya cukup sampai di sini aku bercerita tentang diriku yg sedang mengandung nie. Walaupun penambahan berat badan ku kini tak seberapa nak berat tapi perut aku sah semakin memboyot. Si kecil pun semakin aktif menendang dan menumbuk kuat dari dalam perut. Huhuhu... pengalaman yg pasti menjadi sangat manis bagiku. Ucapan jutaan terima kasihku yg tdk terhingga kpd suami tercinta yg memahami keadaan diriku yg semakin kuat makan nie.. hehehe. Pengorbanan dan pengertiannya sangat aku hargai. Satu yg sangat aku syukuri suamiku juga sangat bersabar dgn sikapku. Apa pun aku mohon doa kalian semoga anugerah terindah ini dapat kulahirkan ke dunia dgn mudah dan selamat. Aamiin.


Jumpa lagi di cerita jalan2 ke luar negara nanti.. ^_^