Terdapat dalam kisah bahawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan. Lalu dia bertanya, “Siapakah engkau?” Makhluk itu menjawab, “Akulah amalmu yang buruk.” Lelaki itu bertanya, “Apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau?” Makhluk itu menjawab,” Dengan membaca selawat Nabi SAW.”
Rasulullah SAW bersabda:
“ Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari Jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun.”
“ Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari Jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun.”
Diceritakn bahawa seorang lelaki tidak pernah membaca selawat kepada Nabi SAW. Pada suatu malam, dia bermimpi melihat Nabi SAW. Baginda tidak menolehnya. Kemudian lelaki itu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki itu bertanya lagi, “Mengapa engkau tidak memandangku?” Kata Rasulullah, “Kerana aku tidak kenal kamu.” Lalu lelaki itu berkata, “Bagaimana engkau tidak mengenaliku? Aku adalah lelaki umatmu. Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau lebih mengenali umatmu daripada ayah ibunya.” Rasulullah berkata, “Mereka benar. Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal dengan umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku.” Kemudian lelaki itu terbangun. Lalu dia mewajibkan dirinya membaca selawat seratus kali sehari. Setelah dia melakukan demikian, maka beberapa hari kemudian dia bermimpi melihat Rasulullah SAW seraya Rasulullah SAW berkata, “Sekarang aku telah kenal engkau dan aku syafaati engkau.” Iaitu kerana dia cinta kepada Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah SAW mengajak Kaab Bin Asyraf berserta sahabatnya masuk Islam, mereka berkata, “Kami ini sebagai putera-putera Allah tentu kami lebih menyintai Allah.” Kemudian Allah berfirman kepada Nabi-Nya yang bermaksud :
“ Katakanlah : Jika kamu mengasihi Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.S. Al Imran:31)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan