Isnin, 1 Oktober 2012

Aku Dan Dia

Assalamualaikum.. salam mesra (:

Alhamdulillah, setelah lama benar tidak update blog, kini aku hadir dgn entri yg mungkin akan membosankan sesiapa yg membaca. Kpd pembaca yg sudi melayan perasaanku, sila teruskan pembacaan anda hingga ke noktah terakhir kerana anda bakal melihat bnyk gambar hiasan ^_^.. terima kasih.

Al-kisahnya, sedar tak sedar sudah sebulan aku berada di perantauan bersama dia suami tercinta selepas setahun kami berjauhan. Syukur kpd Allah Yang Maha Penyayang kerana kesabaran kami berjauhan selama ini kami dpt bersama juga akhirnya. Selama tempoh berjauhan sememangnya bnyk peristiwa sweet and sour yg ku rasakan. Masa tue kami berjumpa sebulan sekali. Sila tersenyum jika anda rasa itu adalah perkara biasa. Dan skrg aku pun boleh tersenyum kerana itulah kenangan hidup berjauhan dgn suami tercinta. Aku macam tidak percaya skrg aku secara total dpt melihat suamiku setiap hari di depan mataku.


Suamiku.. ketika zaman bujangnya.. :)


Sambung cerita... aku dgn sukacita dan berbesar hati ingin mengisahkan di sini bahawa suami ku memang seorang suami yg baik. Selama tinggal bersama aku melihat suamiku ini sangat ringan tulang, sangat suka mengajar aku tentang apa saja dan bnyk lagi sangat yg tidak dpt aku sebutkan di sini. Tapi yg paling nyata suamiku sangat penyabar. Dia sangat sabar dgn kekuranganku. Aku sedar aku masih perlu bnyk belajar tentang hal rumahtangga dan satu hal yg paling aku syukuri kerana Allah memberi peluang utk aku terus lebih mengenali suamiku.

Bercakap soal kenal atau kurang mengenali sememangnya berlaku sehinggalah aku tinggal serumah bersama suami. Al-maklumlah kami berkawin dlm tempoh sekejap saja selepas berkenalan. Pendek kata kami tidak sempat bercintan-cintun, maka kami tidak cukup mengenali diri masing-masing. Cukuplah bagi kami soal jodoh itu adalah perancangan Allah. "Kalau Allah mengkehendaki, sesiapa pun boleh jadi jodoh kamu.".. petikan dialog dari filem Ayat-ayat Cinta. Dan dialog dlm filem Salam Cinta pula adalah seperti ini "Bila bertemu dgn seseorang yg membuatkan hati kita tertarik, itu bukan pilihan, tetapi itu adalah kesempatan." ^_^ maka dgn itu masjid pun segera kami dirikan.. 



Gambar kenangan beberapa bulan sebelum kawen.. peace!!


Sememangnya dating selepas kawin adalah lebih best keadaannya di mana aku dgn tanpa segan malu dan penuh bangganya dpt berjalan dipimpin dan memimpin tangan suami walau di mana saja berada. Tapi suamiku masih kelihatan malu.. dan dia memang pemalu. Itu aku suka. Malah lebih best lagi, bersama suami ternyata bnyk perkara baru yg aku buat. Bnyk benda baru yg aku rasa. Bnyk tempat baru kakiku melangkah bersamanya. Sebagai contoh, mari tengok gambar-gambar di bawah. Maaf kalau gambar tidak menarik. Anda dibenarkan utk skrol ke bawah laju-laju jika anda tidak hingin melihatnya. ~_~


( i )

Pertama kali aku menaiki feri seminggu selepas kawen.
Pergi ke mana naik feri?
Pergi berdua bersama suami ke tempat suami membanting tulang..
(walaupun sebenarnya boleh juga naik kapal selam terbang ke sana)


( ii )
 
Yaaa.. Snorkeling!! Pertama Kali aku buat 
masa pertama kali ke Pulau Manukan bersama suami
dan kawan-kawannya.
(kami bukan seperti gambar di atas ^_^)


( iii )

Pertama kali bergambar berdua bersama suami
di Pulau Manukan. Hehehe... seakan menebus 
ketidaksempatan bergambar masa pertama kali pergi.
Kali ini aku cuma menjadi pemerhati saja dan suami tetap
snorkeling sampai kepalanya pening, katanya... huhuhu


( iv )

Pertama kali melihat mentari terbenam.
Berdua bersama suami di suatu petang yg damai 
yg ku tidak tau apa nama tempatnya.
Yg pasti nie pemandangan di Pulau Labuan.
Cantik kan??


( v )

Pertama kali aku buat aiskrim goreng
utk dimakan berdua bersama suami.
(macam sedap walaupun hampir-hampir rentung)
Dan selepas tue berkali-kali aku buat utk
meningkatkan prestasi.. (:



( vi )

 Sushi.. iya pertama kali aku makan 
makanan nie berdua bersama suami
(sungguh aku tak biasa makan sushi tapi
piri-piri chicken rice di situ memang sedap)


( vii )

Buat pertama kalinya aku berdua bersama suami
menaiki kapal terbang. Ini adalah penerbangan dari Kota Kinabalu 
ke Labuan. Sebelum tue sempat makan utk sarapan pagi
merangkap makan tengahari di lapangan terbang... hehehe
(Hari yg sama pak mertua aku berangkat ke tanah suci utk menunaikan haji)



Itulah antara lain kenangan suka suki aku bersama suami bagi tempoh setahun lebih sikit perkahwinan kami nie. Sebenarnya aku sangat bahagia dan gembira kerana suamiku kini menjadi segalanya utkku. Suami adalah bapak, mak, abang, kakak, kawan, kawan sekerja, majikan dan teman sepermainanku. Suami juga adalah guru terbaik bagi aku. Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki suamiku yg tercinta. Dan semoga aku menjadi penyeri bagi dirinya sampai syurga. Aamiin.

Terima kasih kerana sudi melayan entri nie. Sampai jumpa lagi di lain cerita. Manalah tau lepas nie ada cerita dari luar negara pula.. hehehe. ^_^



~TAMAT~





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan