Rabu, 15 September 2010

SaLaM AiDiLFiTRi 1431H


Assalamualaikum wr.. wb..
Segala puji kpd Ilahi atas nikmat hari raya yg kita raikan buat ke sekian kalinya.

Di kesempatan nie saya sekeluarga mengucapkan Salam Aidilfitri.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kpd semua sanak saudara, rakan taulan, sahabat yg jauh & dekat..

Buat pertama kalinya Aidilfitri disambut dgn tema
Azzurri.. ala2 Forza Italia gitu.. hehehe tapi sempat bgambar hanya dgn sebahagian isi keluarga ja.. :))

ayah & bonda tercinta..


org2 penting.. hehehe


bersama anak buah tersayang..

Khamis, 12 Ogos 2010

aku dan sesuatu..


sebuah rasa yang kujumpa.. kukutip, kutatang dan kupelihara..

sebuah kasih yang kusisih.. kutinggalkan, kuingin lupakan..

sebuah sayang yang hilang ku tidak pernah cabut dan buang..

wahai ALLAH, rasa itu milikMu..

seandainya baik, kekalkanlah bagiku..

seandainya buruk, hilangkanlah belenggu..

Selasa, 30 Mac 2010

Sebuah Pertemuan..




Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


Jumaat, 19 Februari 2010

Mahabbah Kepada Nabi SAW


Terdapat dalam kisah bahawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan. Lalu dia bertanya, “Siapakah engkau?” Makhluk itu menjawab, “Akulah amalmu yang buruk.” Lelaki itu bertanya, “Apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau?” Makhluk itu menjawab,” Dengan membaca selawat Nabi SAW.”


Rasulullah SAW bersabda:
“ Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari Jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun.”


Diceritakn bahawa seorang lelaki tidak pernah membaca selawat kepada Nabi SAW. Pada suatu malam, dia bermimpi melihat Nabi SAW. Baginda tidak menolehnya. Kemudian lelaki itu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki itu bertanya lagi, “Mengapa engkau tidak memandangku?” Kata Rasulullah, “Kerana aku tidak kenal kamu.” Lalu lelaki itu berkata, “Bagaimana engkau tidak mengenaliku? Aku adalah lelaki umatmu. Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau lebih mengenali umatmu daripada ayah ibunya.” Rasulullah berkata, “Mereka benar. Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal dengan umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku.” Kemudian lelaki itu terbangun. Lalu dia mewajibkan dirinya membaca selawat seratus kali sehari. Setelah dia melakukan demikian, maka beberapa hari kemudian dia bermimpi melihat Rasulullah SAW seraya Rasulullah SAW berkata, “Sekarang aku telah kenal engkau dan aku syafaati engkau.” Iaitu kerana dia cinta kepada Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah SAW mengajak Kaab Bin Asyraf berserta sahabatnya masuk Islam, mereka berkata, “Kami ini sebagai putera-putera Allah tentu kami lebih menyintai Allah.” Kemudian Allah berfirman kepada Nabi-Nya yang bermaksud :

“ Katakanlah : Jika kamu mengasihi Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.S. Al Imran:31)

Khamis, 11 Februari 2010

Happy 2010


ehem.. salam..

lama benar sy tak jenguk blog nie. pejam celik pejam celik tahun nie usia sy dah 28 tahun. masih muda bah.. hehehehe


gembira rasanya sebab tahun nie sy sambut besdey dgn anak2 buah sy.. seronok tak tkata melihat gelagat2 dorang..


hehehe.. tue ja. cau..



Khamis, 26 November 2009

Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan

'Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.'' (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)'

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud:

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:

'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)

Sahabat,ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?

Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tuaSia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!