Selasa, 23 November 2010

Tiga Tetamu Misteri

Sorang isteri tinggal d rmhnya bsendirian. Suami & anaknya pergi bkerja d kebun bdekatan.
Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengahari, dtg 3 org tetamu yg begitu tua mberi salam d hadapan rmhnya. Setelah mjawab salam, dia bkata, "Saya tdk dpt mjemput tuan2 masuk ke dlm rmh, krn suami saya tiada. Sudikah tuan2 duduk d halaman smentara mnunggu suami saya pulang?"
Salah sorang drpd mereka bkata, "Tidak mengapa, biar kmi mnunggu d luar."
Sejurus si suami pulang, mereka bsalaman & para tetamu itu mperkenalkn diri.
"Saya KEKAYAAN," kata lelaki ptama.
"Saya KEJAYAAN," kata yg kdua.
"Dan saya KASIH SAYANG," ujar lelaki tua yg akhir.
Si lelaki mjemput para tetamunya masuk. Namun, yg paling tua antara mereka bkata, "Hanya sorang saja drpd kmi yg boleh masuk."
"Jadi kmi tpaksa mmilih antara kmu btiga?"
"Ya," jawab mereka.
"Tunggu kmi brunding dulu," pinta tuan rmh.
"Kita pilih KEKAYAAN," cadang si isteri. "Semoga rmh kita akn dilimpahi kekayaan. Dgn kkayaan boleh mdapat apa shj yg kita dambakan selama ini."
"Tidak," kata si ayah. "Apa kata kita pilih KEJAYAAN. Apabila kita bjaya pasti kita akn dpt harta. Bkn itu shj, malah byk lagi."
"Ayah, ibu. Saya cadangkan kita pilih KASIH SAYANG," kata si anak. "Biarlah kita hidup sprti hari ini. Hidup sderhana ttpi ianya pnuh dgn kasih syg. Saya gembira & rasa amat bahagia bila ayah & ibu saling bkasih syg & mnyayangi saya..."
Kedua suami isteri itu tsentak dgn pandangan si anak yg bgtu murni.
"Baiklah, kita akn jemput KASIH SAYANG masuk dlm rmh kita," kata si ayah.
"Tuan2 yg dhormati, kmi mngambil kputusan utk mjemput pakcik KASIH SAYANG sebagai tetamu. Kmi mohon maaf krn mnolak tuan KEKAYAAN & KEJAYAAN, krn itu jua yg tuan2 minta."
Maka tetamu KASIH SAYANG masuk ke dlm rmh mereka, namun diringi oleh kedua-dua org tua yg lain. Tuan rmh tkejut melihat ketiga-tiga masuk ke dlm rmh.
"Eh, maafkan saya! mengapa tuan2 semua masuk. Bknkah td kmi hanya mmilih KASIH SAYANG?"
"Anakku, jika kau mjemput KASIH SAYANG bererti kau juga mjemput KEJAYAAN & KEKAYAAN. Sudah mjadi prinsip kmi, kmi akn pastikn ke mana shj KASIH SAYANG pergi, kmi akn mdampinginya."
Mendengar yg demikian, lelaki, isteri & anknya tsenyum gembira. Alhamdulillah!
Sumber : Majalah Solusi Isu No.24

Rabu, 15 September 2010

SaLaM AiDiLFiTRi 1431H


Assalamualaikum wr.. wb..
Segala puji kpd Ilahi atas nikmat hari raya yg kita raikan buat ke sekian kalinya.

Di kesempatan nie saya sekeluarga mengucapkan Salam Aidilfitri.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kpd semua sanak saudara, rakan taulan, sahabat yg jauh & dekat..

Buat pertama kalinya Aidilfitri disambut dgn tema
Azzurri.. ala2 Forza Italia gitu.. hehehe tapi sempat bgambar hanya dgn sebahagian isi keluarga ja.. :))

ayah & bonda tercinta..


org2 penting.. hehehe


bersama anak buah tersayang..

Khamis, 12 Ogos 2010

aku dan sesuatu..


sebuah rasa yang kujumpa.. kukutip, kutatang dan kupelihara..

sebuah kasih yang kusisih.. kutinggalkan, kuingin lupakan..

sebuah sayang yang hilang ku tidak pernah cabut dan buang..

wahai ALLAH, rasa itu milikMu..

seandainya baik, kekalkanlah bagiku..

seandainya buruk, hilangkanlah belenggu..

Selasa, 30 Mac 2010

Sebuah Pertemuan..




Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


Jumaat, 19 Februari 2010

Mahabbah Kepada Nabi SAW


Terdapat dalam kisah bahawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan. Lalu dia bertanya, “Siapakah engkau?” Makhluk itu menjawab, “Akulah amalmu yang buruk.” Lelaki itu bertanya, “Apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau?” Makhluk itu menjawab,” Dengan membaca selawat Nabi SAW.”


Rasulullah SAW bersabda:
“ Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari Jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun.”


Diceritakn bahawa seorang lelaki tidak pernah membaca selawat kepada Nabi SAW. Pada suatu malam, dia bermimpi melihat Nabi SAW. Baginda tidak menolehnya. Kemudian lelaki itu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki itu bertanya lagi, “Mengapa engkau tidak memandangku?” Kata Rasulullah, “Kerana aku tidak kenal kamu.” Lalu lelaki itu berkata, “Bagaimana engkau tidak mengenaliku? Aku adalah lelaki umatmu. Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau lebih mengenali umatmu daripada ayah ibunya.” Rasulullah berkata, “Mereka benar. Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal dengan umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku.” Kemudian lelaki itu terbangun. Lalu dia mewajibkan dirinya membaca selawat seratus kali sehari. Setelah dia melakukan demikian, maka beberapa hari kemudian dia bermimpi melihat Rasulullah SAW seraya Rasulullah SAW berkata, “Sekarang aku telah kenal engkau dan aku syafaati engkau.” Iaitu kerana dia cinta kepada Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah SAW mengajak Kaab Bin Asyraf berserta sahabatnya masuk Islam, mereka berkata, “Kami ini sebagai putera-putera Allah tentu kami lebih menyintai Allah.” Kemudian Allah berfirman kepada Nabi-Nya yang bermaksud :

“ Katakanlah : Jika kamu mengasihi Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.S. Al Imran:31)

Khamis, 11 Februari 2010

Happy 2010


ehem.. salam..

lama benar sy tak jenguk blog nie. pejam celik pejam celik tahun nie usia sy dah 28 tahun. masih muda bah.. hehehehe


gembira rasanya sebab tahun nie sy sambut besdey dgn anak2 buah sy.. seronok tak tkata melihat gelagat2 dorang..


hehehe.. tue ja. cau..