Sabtu, 12 November 2011

Selamat Hari Lahir Suamiku

11 Nov 2011.. sempena hari ulangtahun kelahiran ke 29 suamiku yang tercinta...

sayang ucapkan selamat hari lahir untuk abang yang jauh di mata namun sentiasa dekat di hati.
sayang doakan segalanya yang terbaik untuk kehidupan di dunia dan akhirat abang..

tak sabar mau jumpa abang.. hehehe




ada hadiah untukmu abang.. :)bukan yang ini.. :p

Jumaat, 4 November 2011

Teruja Ku Teruji

Wanita mana yang bergelar isteri tidak gembira apabila mengetahui dirinya hamil. Apa lagi kehamilan anak pertama. Begitulah aku yang hamil sebulan selepas aku menikah. Aku 'bunting pelamin' rupanya.. hamil seminggu di saat hari persandinganku. Sungguh gembira. Segala puji bagiMu Ya Allah.

Bagaimanapun, keterujaanku mengandungkan anak sulung berakhir apabila aku mengalami keguguran beberapa hari lalu di mana kandungan ku berusia 8 minggu. Ya Allah, Engkau menguji keimananku di saat aku berjauhan dengan suami tercinta. Hari yang sama aku keguguran, abang ( suami ) berangkat ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus. Itu pun sudah sebulan aku dan abang terpisah kerana abang bekerja nun jauh di sana.. Labuan, sedang aku berada di Tawau.

Seminggu sebelum keguguran, aku sudah mengalami kemurungan kerana sudah beberapa kali aku membuat pemeriksaan kandungan, janin yang ada dalam rahimku tidak menunjukkan tanda-tanda perkembangan. Beberapa hari sepanjang minggu itu aku menangis dalam doa setiap kali selepas solat. Aku mohon sangat-sangat anak yang aku kandungkan selamat. Dalam masa yang sama aku pasrah dan yakin semua ketentuan Allah adalah yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Ada hikmah yang Allah sembunyikan.

Selama aku melalui hari-hari sedih itu sehingga ke hari gugurnya kandunganku, lidah ku tidak henti-henti menyebut kalimah yang bagi aku hanya kalimah itu yang cukup membuatkan hatiku tenang dan berserah segalanya kepada Allah.. itulah kalimah Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa Sharika Lahu Lahul Mulku wa Lahul Hamdu Yuhyi wa Yumitu wa Huwa 'Alaa Kulli Shay'in Qadir.
Ya Allah.. sungguh Engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Engkau yang menghidupkan dan mematikan.. Aku yang Engkau uji sebegini hebat.. semoga aku dan abang tidak membantah kehendakMu Ya Allah. Dan semoga aku tabah menanti pertemuan dengan abang sebulan akan datang. Tetapkan kami dalam cinta kepadaMu Ya Rabb.. Amin.

Selasa, 23 Ogos 2011

Duhai Kekasihku...

Duhai Lelaki Pilihan Allah Untukku....
Entah dengan apa ku harus menggambarkan segala rasaku padamu...
Tak cukup dengan untaian kata, dan barisan kalimah indah...
Tak mampu tergambar dengan pewarna apapun, semuanya terlalu indah...
Tak kan ada kanvas yang mampu membingkai semua warna tentangmu...
Kerana kau begitu indah disini.... di hati nuraniku....
Tahukah betapa besar rasa syukurku, ketika Allah memilihku untuk menjadi pendampingmu...
Tak pernah ku merasa cukup mensyukuri nikmat itu...
Betapa bahagiaku ketika kau memilihku diantara sekian banyak bidadari yang jauh lebih indah di luar sana...
Kau tau dengan sangat tahu, aku hanya wanita dengan segala keterbatasan dan kau tetap memilihku...


Duhai Lelaki Pilihan Allah Untukku... Tahukah engkau betapa gejolak di dada ini seakan ingin meledak,membawaku ke awan yang hanya mampu ku ekspresikan dengan airmata...Ketika dari lisanmu kau sebut namaku dalam lantunan ijab kabul yang suci...Ketika itu pula ku abdikan diriku padamu, dengan segala ketundukan yang kumiliki...dan Kau tau, bahawa akan ku patuhi inginmu selama tak bermaksiat pada Sang Maha Kasih, Rabbul 'izzati....


Duhai Lelaki ku, penghìas mata dan hatiku... Tak pernah ku lalui tiap hari, tiap jam, tiap detik kecuali kulalui hanya dengan jatuh cinta padamu...Tak akan pernah berkurang rasa ini padamu,kerana disini di hati ini kaulah yang terindah...Dan akupun berharap dengan segala kekuranganku,kau sudi menjadikanku perhiasan terindah di mata dan hatimu...Aku tau, diri ini tak jelita dan tak secerdas Aisyah, apalagi setaqwa Khadijah,Namun sungguh ku akan mencintaimu seperti mereka, cinta yang terbingkai atas nama~NYA...


Duhai Pelipur Laraku... Aku pun tahu betapa lelah dan penat harimu, bergelut dengan rutin kerjamu...Kau lalui dengan penuh keikhlasan demi aku, demi amanahmu dari~NYA... Sungguh, ketika kau lelap dalam tidurmu, aku menangis menatapmu dalam wajah lelahmu...Betapa ku hargai tiap titisan keringatmu, bukan berapa banyak yang telah kau beri,namun berapa banyak cinta dalam tiap titis keringatmu, dalam tiap lelahmu...Dan aku selalu merasa cukup dengan itu...


Duhai Cintaku, Labuhan Hatiku.. pimpin tanganku ke Jannah~NYA...Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam terakhir,bersama kita mengharungi samudera cinta~NYA dalam lautan dzikir... Jangan pernah segan menegurku dalam tiap khilafku, aku adalah wanita biasa,ada kalanya ku berbuat salah padamu, maka bersabarlah padaku,jangan membentakku atau membiarkanku.. Kau tau aku adalah kaum yg tercipta dari tulang rusuk yang paling bengkok... Ada kalanya aku akan membuatmu begitu marah, maka ketahuilah olehmu bahawa DIA menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah, Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan, namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah, tapi...Jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah...Tatap mataku dengan cintamu, genggam tanganku dan nasihati aku dengan lembut...Nescaya kau akan menemukanku tersungkur menangis dalam pangkuanmu... Dan maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku...


Duhai Kasihku Dunia Akhirat... Kau adalah nahkodaku, kemana kau mengarahkan haluan rumah tangga kita,di situ pula aku akan mengikutimu...Maka jadilah Imam yang baik untukku, Ajarkan aku mencintaimu kerana~NYA...Redhalah padaku, maka Rabb kita pun akan redha padaku...Sesungguhnya Redhamu adalah Redha Illahi....Mudahkanlah jalanku ke Jannah~NYA...Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku...


Dari Ummu Salamah, Ia berkata :Rasulullah SAW bersabda "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredhainya maka ia akan masuk Syurga"
Sungguh, cintaku padamu akan bertambah seiring ketakwaanmu pada~NYA, dan akan berkurang dengan kemaksiatanmu pada~NYA...


"Aku mencintaimu kerana Allah.."


•Yaa Rabbi•* Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak, santun dalam berbicara, tenang ketika gundah, diam ketika emosi melanda, bersabar dalam setiap ujian. Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar As-Shiddiq, sebijaksana Umar bin Khattab, sedermawan Utsman bin Affan, sepintar Ali bin Abi Thalib, sesederhana Bilal, setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
ღ Amiin ya Rabbal'alamiin...







*Hari ini genap sebulan saya bergelar isteri.. ^_^

Isnin, 27 Jun 2011

Seindah Waktu Itu




Macam Pernah Kulihat.....




Indahnya.........................









IN TEAM~Doa Seorang Kekasih

Khamis, 19 Mei 2011

emm..

Kau tersenyum


Ku terpaku


Cahya di wajahmu


Hanyalah untukku


Sinaran matamu


Menusuk di kalbu


Tak mungkin ku melupakan


Sebegini pengalaman


Lalu hati pun berkata


Segala untukmu


Satu masa nanti


Pasti kau temui


Tabahkanlah hati


Jangan lupakan Ilahi


Akan tiba bahagia


Tak mungkin sendirian


Terhurai dalam lagu berkumandang


Di buai dalam mimpi


Kau ku sayang


Segala untukmu

Jumaat, 15 April 2011

Bukan Soal Kurang Ajar


Sebenarnya masih tersimpan impian ku untuk melanjutkan pelajaran. Mungkin kah akan terjadi atau impian itu akan terkubur suatu masa nanti. Bukan soal masih kurang ajar tapi aku memang suka belajar dan aku perlukan pelajaran.


Apapun pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja. Aku belajar di rumah ja lah. Pelajari ilmu rumahtangga.. baca buku, tanya mak bapak aku atau apa-apa yang patut sebab aku perlu persiapkan diri sebelum menjadi seorang isteri kepada jejaka idaman ku. Hehehe


Yang pasti aku perlu lebih rajin. Rajin memasak.. mengemas rumah dan membuat kerja2 yang dikategorikan sebagai tanggungjawab wajib buat bila sudah berumahtangga nanti. Kerja2 nie aku tahu mau buat sebenarnya.. tapi aku nie pemalas.. mungkin terlalu dimanjakan atau memang sah malasssss.. ^_^ makan pun malas sebenarnya. Tapi sekali makan macam rakus juga.. hehehe


InsyaALLAH aku akan persiapkan diri. Aku akan belajar. Aku mau belajar.. betul..


( gambar di atas adalah idolaku. kunun2 ja. bukan idola sebenar )



Isnin, 14 Mac 2011

Alhamdulillah


apa lagi nak dikata..
emm.. sebenarnya..