Khamis, 10 September 2015

Bersalin Kali Kedua

Assalamualaikum...

Alhamdulillah
Aku ada dua orang anak sekarang.
Anak sulung aku lelaki berumur 2 tahun 3 bulan. Anak kedua nie perempuan
dan sikit hari lagi masuk setahun umurnya.
Syukur kepada Allah kerana aku bersalin anak kedua nie sangat
mudah dan dipermudahkan.

Rasanya tak dapatlah aku ceritakan proses aku bersalin anak kedua aku nie 
sebab.. macam yg aku cakap tadi aku bersalin
sangat mudah.
Sangat menjimatkan masa.. ^__^

Dipendekkan cerita (nak juga bercerita)  masa aku tak tahan rasa sakit
mau bersalin tue 
terus minta encik suami hantar ke hospital.
Sampai hospital pukul 11.32 pagi
Terus tukar baju.. pakai baju hospital.
Nurse tanya beberapa soalan dan aku jawab dalam terketar-ketar
(sakit sangat dahhh tueee..huhuhu)
Lepas tue tunggu kejap sebab doktor mau periksa bukaan.
Habis periksa bukaan doktor bawa terus masuk labour room.
Lebih kurang dalam 9 minit kemudian terdengar suara anak aku menangis.
Ngeeehhhh.. ^___^
Habis cerita.

Selamat datang ke dunia wahai anakku

NUR ERYNA ALISHA BINTI FUADHASAN ADISURYO
25 September 2014
Khamis
12:03pm
3.0kg


Hari Pertama

dan hari2 seterusnya...
















Terkini.. ^___^

Hemmmm...
Rajin sungguh ibunya ambil gambar kan?
Hehehe.. 

Apapun semoga anak ini menjadi anak yg solehah
yg rajin solat
yg lembut hatinya
yg bijak
yg sabar
yg rajin
dan
berjaya di dunia
juga di akhirat.

Aamiin.




Terima kasih kerana membaca.




Ahad, 30 Ogos 2015

Aku Ada Blog!!

Assalamualaikum...

Iya, aku ada blog!!
Siapa yg tanya tadi sila angkat tangan? ^___^
Inilah blog aku.
Takkan blog kou pula kan? Hihihi..
Tapi blog nie suda lama sepi.
Sedar tak sedar tempoh kesepian blog ini hampir menyamai
usia anak sulung aku..
2 tahun..
ohhooo, punya lama kan?
Jadi persoalannya berapa sudah anak aku?
Heheheh..
Bukanlah,
persoalannya..
Ke mana aku menghilang selama nie?
Kenapa dengan aku? 
Heemmm.. sebenarnya aku tak ke mana2 pun 
cuma tak update saja.
T_____T


Sekarang nie mungkin aku akan rajin sikit update.
Rajin sikit ja rasanya.. heheh
sebab aku kini memotivasikan diriku untuk rajin.
Aku mau kongsikan apa2 yg aku suka mau cerita.
Apa2 yg aku tak suka.
Apa2 yg kou suka.
Apa2 sajalah.


Tapi untuk posting kali nie aku rasa saja mau refresh.
Al-maklumlah kemunculan baru nie belum mau sangat bercerita.
Walaupun sebenarnya banyak benda aku mau kecohkan.
Kononnnn...


Apa2 pun dengan kesedaran bahawa aku juga ada blog
maka selepas nie aku akan update cerita2 tentang aku dan sesuatu
dengan semangat baru.
Dengan aku minta halalkan sekali kalau ada cerita2 yg aku
pernah seolah-olah berjanji mau ceritakan tapi tak kesampaian.
Jadi jangan tunggu sambungan cerita yg kononnya ada episod bagai.
Rasanya tak akan ada lah tue.
Sebab cerita 2 tahun lalu lama sangat bagi aku
untuk ingat balik.
Kalau setakat cerita untuk awal tahun 2015 nie rasanya 
boleh lagi lah kan.
Kononnn.. ^___^


Okeylah, apa pun kita jumpa di posting seterusnya.


Salam Kemerdekaan Malaysia Ke 58
Sehati Sejiwa
Temanya
*____*


Terima kasih kerana membaca :)

 

Ahad, 20 Oktober 2013

Why Breastfeeding?

Assalamualaikum..

Sekarang anakku sudah berusia 4 bulan. Terasa cepat masa berlalu. Well, alhamdulillah Faiz membesar dgn sihat dan cergas. Melihat senyum dan ketawa si comel sangat membahagiakan setiap hariku. Si kecil itulah yg jadi teman ku berhibur, hilang segala penat bila lihat dia tersenyum.. hehehe. Penat apa aku tak bekerja pun!! Hey jangan fikir tak penat, menguruskan anak pun 1 kerja yg memenatkan tau? :)

Alkisahnya kali nie aku mau cerita pasal BF, bukan boyfriend tapi breastfeeding. Why BF? Kenapa penyusuan ibu? Iya aku pilih bf sebab susu badan itu hak anakku. Allah ciptakan susu yg terbaik utk si anak so adalah jadi tanggungjawab aku sebagai ibu berikan hak itu kpd anak kesayanganku. Dan adalah tanggungjawab suamiku berikan makanan yg terbaik utk aku agar kebaikan makanan itu dpt kuberikan kpd si anak. Yg paling penting makan yg halalan toyyiban. Heheh, actually encik suamiku sangat bertanggungjawab pasal hal itu.

Sebagai fulltime housewife bersyukur sangat aku tiada masalah utk menyusukan Faiz. Since dia lahir sampai hari nie aku seronok dgn aktiviti fully bf dan dia sesungguhnya sangat kuat menyusu, maklumlah anak lelaki. Org kata anak lelaki memang kuat minum susu. Iya kah? Tidak mengapa sebab aku sendiri yg mau Faiz dapat susu ibu sepenuhnya sampai dia umur 6 bulan dan akan kulanjutkan sampai 2 tahun, In shaa Allah. Aku selalu yakin bahawa susu ibu utk Faiz akan sentiasa cukup bagi membantu dia membesar dgn mendapat segala khasiat yg diperlukan.

Setiap ibu bapa mau anak mereka sentiasa sihat dan cergas. Bf pastinya dapat berikan antibodi kpd anak utk mencegah dari jangkitan penyakit. So far Faiz pernah sekali demam ringan dan syukur sangat demam tidak membimbangkan. Malah Faiz tidak pernah demam selepas 3 @ 4 kali mendapat suntikan imunisasi. Selain daripada antibodi banyak lagi manfaat yg bayi boleh dpt melalui bf nie. Utk ibu yg menyusukan pun pasti ada manfaatnya klu tidak mana mungkin Allah menciptakan susu dari badan wanita. Air susu ibu mengandungi hormon prolaktin yg membantu menenangkan perasaan manakala hormon oksitosin pula merangsang perasaan kasih sayang sedia ada ibu kpd bayi. Subhanallah. Bukan itu saja, banyak lagi manfaat yg ibu2 boleh dapat. Klu mau tau lebih banyak info boleh tanya pakcik google :)

Pendek kata, aku sangat bersyukur menjadi seorang wanita yg telah merasakan mengandung, melahirkan dan menyusukan bayi. Sesungguhnya menyusukan anak sendiri adalah moment yg paling berharga dan istimewa bagi diriku. Semoga dgn kesungguhan dan ketulusan hatiku menyusukan Faiz mendapat belas kasih sayang dari Allah kerana aku berusaha berikan susu yg menjadi hak anakku. Semoga dipermudahkan bagiku utk meneruskan bf agar manfaat dan kebaikannya dapat kukongsikan bersama permata hatiku.

Memandang wajah si kecil ketika menyusu sangat menyentuh hati. Membayangkan beginilah aku suatu ketika dahulu. Susu ibu adalah makanan terawal dlm kehidupan kita.

Oh maaf, Faiz malu tunjukkan muka time minum susu ibu ;)

Terima kasih kerana membaca.

Ahad, 29 September 2013

Kimchi

Assalamualaikum

Semalam aku buat kimchi dgn kerjasama encik suami. Maybe ramai yg sudah tau Kimchi nie merupakan makanan tradisional Korea. Rasanya yg masam masin pedas menyengat nie memang jadi kegemaran suamiku tidak tau pula sejak bila. Adakah sebab suamiku berasal dari korea. Huhuhu. Kimchi nie sebenarnya berupa macam2 contohnya kimchi fried rice, kimchi soup dan sebagainya. Thats why kalau di Korea kimchi nie dihidangkan lebih kurang 3 kali sehari atau mungkin lebih. Utk sarapan pagi ada kimchi, makan tengahari pun ada kimchi dan kimchi pun ada juga utk makan malam.. ada saja kimchi nie dlm apa jua keadaan. Maklumlah makanan nie memang yg terlaris di sana. Kiranya kimchi nie sebagai pelengkap makanan lah kan. Tapi kimchi juga boleh dimakan begitu saja sambil menjilat jari sebab dia macam sejenis jeruk sayur. Emmm, belum tengok gambar ada yg sudah kecur liur nie. Hehehe. Jadi persoalannya kenapa aku dan suami tiba2 kerajinan mau buat kimchi nie? Kenapa dgn kami nie? Kenapa?

Begini ceritanya, bagi sesiapa yg biasa singgah menjenguk DHN nie mungkin pernah baca cerita aku pergi Korea bersama suami sedikit masa lalu kan? Hari pertama di sana kami ada makan kimchi. Rasanya memang sedap tapi hidangannya sikit saja dan sudah semestinya kami tidak puas makan. Lebih2 lagi encik suami. Sebenarnya boleh saja kalau mau makan banyak tapi kena bayar lebih banyak lah kan. Heheh. Kalau mau tau lebih banyak cerita kami di sana boleh tengok di sini. Jadi selepas balik dari sana encik suami nie asyik mengidam mau makan kimchi. Siang malam pagi petang asyik tanya pacik google; how to make kimchi. How? How? Huhuhu. Jadi sebagai isteri yg suka memenuhi perut suami dgn makanan feveret nya maka aku rasa bersalah dgn pacik google klu tidak cuba membuat. Dgn ketekunan aku sediakan bahan2 dan aksi potong memotong pun berlaku. Potong apa? Nanti kita tengok dlm resepinya. Bagi yg mau tau macam mana rasa kimchi nie dan mempunyai tahap kerajinan macam kami bolehlah mencuba buat ikut resepi kami yg serba senang dan ringkas nie. Iyalah bajet percubaan lah katakan tapi rasanya boleh tahan juga.

Bahan2nya
~ Napa Cabbage (ntah kobis apa kah nie. Emm sejambak kobis Napa lah. Alaaah kobis yg panjang tue. Kobis cina. Hehehe)
~ Garam
~ Air (utk larutkan garam)
~ Lobak (lobak putih boleh tapi aku ambil lobak merah, hihi)
~ Daun bawang
~ Serbuk Cili
~ Bawang putih (dlm 6 ulas)
~ Sos ikan


Cara membuatnya
~ Kobis yg sudah dicuci dan dipotong kecil2 direndamkan ke dlm air garam selama sejam atau sampai kobis layu. Ketepikan. Sambil dikacau sesekali.
~ Di dalam bekas lain masukkan bahan rempah;
*lobak yg dipotong macam batang mancis
*daun bawang yg dihiris ikut suka hati
*bawang putih yg sudah ditumbuk
*sedikit gula
*sos ikan (tak perlu banyak sekadar dapat membasahi semua bahan)
*serbuk cili ikut selera kepedasan masing2
~ Bahan2 dlm bekas tadi digaul rata.
~ Kobis yg suda layu dicuci sebanyak 2 @ 3 kali kemudian ditoskan.
~ Campurkan kobis bersama bahan rempah dan gaul sebati dgn sudu atau utk lebih sekata dan rata boleh gaulkan dgn jari jemari. (jangan lupa pakai glove sebab siapa makan cili dia yg rasa pedasnya) hehehe
~ Masukkan ke dlm bekas berpenutup dan letak dlm peti sejuk. Boleh juga dimakan serta merta dgn keterujaan yg tahap maksima tapi simpan semalaman atau beberapa malam lagi sedap sebab masam menyengat lebih terasa.


Itulah serba ringkasnya cara kami buat kimchi. Sebenarnya utk rempah yg lebih rumit buatannya ada yg campur tepung beras, boleh campur halia, bawang bombay dan daun kucai. Boleh juga campur buah epal utk gantikan gula, campurkan buah pear pun boleh. Eh tidaklah rumit sangat kan?. Apa2 hal bolehlah tanya pacik google ya. Setakat nie saja yg boleh kukongsikan. Lain kali mau juga cuba buat yg lebih komplikated, heheh. Jadi bagi sesiapa yg suka makan jeruk2 nie konfem sukakan kimchi dan anda rasakanlah sendiri kelainan jeruk org korea nie. Selamat mencuba.

Suami mau buat yg macam nie, kobis jangan dipotong katanya.
Eh yg nie sawi putih lah, eh iyakah? konfius kejap. Hihi

Tapi aku sudah terlanjur dan terlalu suka potong memotong. Maka kimchi kami lain jadinya. Padahal kami merujuk how to make kimchi yg berbeza. Patutlah tiada kesefahaman di situ. Jangan salahkan pacik google yg banyak berjasa ya. Hehehe. Tapi bagus juga dgn apa yg sudah jadi sebab kimchi nie boleh disimpan dan dimakan besok2 lagi jadi senanglah kalau keadaannya bercerai-berai macam nie, kan?
Macam nie. Inilah hasil kerjasama aku dan suami. Berliur tak? Tak? Ok takpa. Hehehe
Terima kasih kerana membaca

Jumaat, 27 September 2013

Majlis Jalinan Kemesraan

Assalamualaikum...

Aisehhh, bajet best sangat tajuk entry, kan? kikiki. Sebenarnya mau cerita baru-baru nie.. barulah sangat padahal hampir 2 bulan yg lepas. Sempena Hari Raya Aidilfitri 1434H dan yg paling tepat pada hari ke 4 umat Islam bergembira sambut hari raya hari yg mulia nie, aku berkesempatan hadirkan diri utk memeriahkan suatu majlis yg dikenali sebagai Reunion Ex-SMK Kinabutan SPM 99. Ambil SPM 14 tahun yg lepas, huhuhu. Biasalah bab2 berjumpa kawan2 lama nie aku memang teruja. Apa lagi kawan2 lama yg sama2 berhempas pulas jawab soalan peperiksaan SPM dulu walaupun ada di kalangan dorang nie bukan classmate aku. Emmm dorang nie memang sangat happening dan very peramah plus gila2 macam dulu walaupun majority sudah ada keluarga masing2. Sudah jadi mak bapak budak pun perangai still macam kanak2 Tom-tom Bak... sweet & cute gitu. Hehehehe

Majlis nie dibuat pada waktu malam, kiranya dinner time lah kan. Tempatnya pun agak eksklusif sikit iaitu di Hotel Shervinton, Tawau dgn bayaran yuran RM50/person.. ingat percuma kah? I'm sorry kata Amirika Raja Lawak. Tapi sayangnya makanan yg dihidangkan bukanlah berupa ketupat dan rendang juga kuih muih serta biskut2 raya yg comel2 belaka walaupun suasana hari raya masih segar pada masa tue. Tapi tidak apa, makan2 bukan tujuan utama. Jalinan silaturahim tue yg penting. Makanan yg disediakan pun ok dan cukup menampakkan sedikit kerakusanku ketika menjamu selera. Hehehe.

Dianggarkan seramai hampir 30 org yg berjaya hadir ke majlis nie termasuk 3 org bekas guru kami dolu2 dan belum termasuk anak2 yg dibawa bersama. Adalah dlm 10 org kanak2 cergas. Huhuhu aku pun bawa anakku Faiz yg tidak boleh kutinggalkan dekat rumah sebab asyik mau feed susu ibu dia saja. kikikiki. Apa pun Faiz memang good boy tidak meragam dan asyik tidur saja biarpun keadaan sangat haru biru, Huhuhu. Dan ada jugalah sekali aku bagi Faiz breast feed tue pun time majlis hampir melabuhkan tirai. Iyalah kasian pula kan, Faiz pun lapar. Tue pun aku mau cerita kah? Adoiii.. 

Apa yg buat aku teruja sangat mau cerita pasal nie sebab nie lah kali pertama aku join reunion yg event dia agak besar dan meletops gitu. Kalau setakat mini reunion tue memang selalu lah. Lebih2 lagi jumpa sahabat GIC (Geng Ibu-ibu Comel).. adik2 Kak Ton (: Mama Raihan Raina salah sorang ahli GIC. Geng nie semua ex-classmate ku. Dan sebenarnya yg paling best pula tidak sangka malam tue aku dapat nombor 1 dlm acara cabutan bertuah. Tuah anak agaknya kan. Emmm. Iyalah cerita nie mungkin akan dibaca oleh anakku suatu masa nanti, ada lah juga kenangan kan?.. (:


Puan Dayang Haslina bersama anaknya Siti Fatimah (budak kecik yg gaya mengancam tue)
dan anak Puan Rhoaina (tidak tau pula siapa nama si comel nie)

Aku perkenalkan Dayang Haslina nie lah orang kuat majlis. Dia yg membanting tulang menguruskan segala persiapan utk menjayakan reunion yg kali ke 2 di bawah kuasaannya. Oh iya reunion kali pertama 2 tahun lepas aku tidak join sebab busy dgn kenduri kawin sendiri pada masa tue. Alkisahnya masa sekolah dulu si Dayang nie budak aliran sains tapi dia cakap result SPM dia sebagai budak sains tidaklah hebat mana. Lebih2 lagi subjek kimia dan biologi yg agak hancursss. Dia yg cakap masa perkenalkan diri sebagai pengerusi majlis malam tue. Buat lawak kau ya Dayang. Tapi sekarang mak budak nie agak berjaya dgn bisnes yg diusahakan sendiri. Macam2 bisnes dia buat nie. Contohnya yg iniAku pun tidak tau macam mana dia boleh urus semua kerja yg dia buat. Semoga terus berjaya lah ya puan. Hehehe. 

AJK Majlis

Dua wanita yg berlakon tunjuk muka serius buat kerja nie sebenarnya pembantu si Dayang. Kira AJK majlis lah. Iyalah kan kasian pula si Dayang mau mengurus semua. Yg pakai baju merah tue Cik Noryanti bekas pelajar kelas 5B dan Sitti Fatimah dari kelas 5C (classmate aku tue). Dari dulu sampai sekarang aku masih bespren dgn dorang nie. Lebih2 lagi dgn macik yg sanggul tinggi tue memang kawan aku sejak dari zaman tadika lagi. Hehehe. Mai klu kau baca cerita nie tolong jangan marahkan aku, huhuhu.
AJK tengah busy semak kehadiran peserta.

Sesi bergambar ramai2. Duduk di hadapan tue lah bekas guru2 kami dulu.
Nampak macam sebaya semua kan? Awet muda betul lah cikgu2 nie (;
Grup wanita. Cikgu lelaki sorang tue terpaksa tukar gaya buat muka cute!!!
Grup lelaki. Nah, guru wanita pun ikut gaya ala2 nakal. Hehehe
Nie lah GIC. Geng Ibu-ibu Comel. Kikiki
Dari kiri aku lah tue. Sebelah ku Pn. Noorhabibah (Bee), Pn. Lidiawati (Lydia),
Pn. Reiskayanti (Rey), Pn. Siti Zubaidah (Dang bersama anaknya Fify)
dan Pn. Sitti Fatimah (Mai)
Faiz pun ikut bergambar dgn pacik2 dan macik2.. heheheh
Cikgu Ezoy sampaikan hadiah Lucky Draw kepadaku.
Macam senyum jeles ja awek pakai baju merah di belakang tue kan?
Hehehe. Yanti jangan marah nanti kena jual walaupun aku tau kau tak baca pun cerita nie. (:

Selepas acara cabutan bertuah dan beberapa acara lain berlalu, maka ada lah juga beberapa org artis menyumbangkan lagu. Bajet karaoke saja lah. Dorang yg menyanyi nie memang tidak sumbang, memang macam real artis lah. Ada yg 14 tahun memendam bakat nampaknya. Cikgu lelaki yg senyum kambing dekat gambar di atas tue pun menyanyi juga. Dia nyanyi lagu Sampai Syurga lagu siapa tue kamu mesti tau kan?. Tapi tidaklah serius sangat cikgu tue menyanyi, ada beberapa baris lirik yg diubah ikut suka hati adik angkat dia, kekeke. Sampai sumbang suara, kasian. Hehehe. Maklumlah Faizal Tahir sendiri pun menyanyi sampai mau putus urat leher, kan? Hehehe. Apa pun memang cukup menghiburkan nyanyian2 dorang. 

Selepas acara menyanyi barulah sesi bergambar tadi tue dan selepas tue majlis pun selesai. Happy jugalah jumpa dorang nie. Walaupun fizikal dorang banyak perubahan tapi mental, sosial masih macam dulu. Diharapkan puan Dayang tidak serik utk buat reunion lagi tahun depan. Ok. Akhir kata aku cukup puas hati dgn majlis nie walaupun semua gambar di atas kurang memuaskan. Kabur kan? Huhuhu tidak mengapa janji aku lebih2 puas hati bila tengok gambar di bawah nie. Toinggg!!

Kupegang erat hadiah cabutan bertuahnya diriku. Cewah!!!

Terima kasih kerana membaca.


Selasa, 17 September 2013

Pengalaman Pertama Bersalin

Assalamualaikum

Agak lama juga ku meninggalkan blog nie kan?, huhuhu.. kini tiba masanya ku menghapdet blog nie sebagai tanda melepaskan rindu di hati, aisehhh. Alhamdulillah sudah 3 bulan diriku bergelar ibu kpd seorang anak. Dengan rasa penuh syukur dan sukacitanya di kesempatan ini aku ingin menceritakan pengalaman pertama ku bersalin.

Alkisahnya aku bersalin sudah terlebih hari. Agak jauh dari tarikh yang dijangkakan. Apa pun aku bersyukur sebab proses bersalin berjalan dengan baik dan anak ku telahpun selamat lahir ke dunia yg fana ini. Tarikh jangkaan aku bersalin adalah pada awal bulan Jun 2013 dan memandangkan kumemilih utk bersalin di Tawau iaitu kampung halaman kami, maka encik suami yg bekerja nun jauh di Labuan telah berada di Tawau sejak 30 Mei 2013 lagi. Ceritanya encik suami bercuti utk melihat kelahiran anak pertama kami nie. (: Berikut adalah kronologi detik2 masam manis yg dapat ku imbas kembali.

3 Jun 2013
::: Hari nie kandunganku masuk minggu ke 40 di mana tarikh dijangkakan bersalin. Tapi tanda2 utk bersalin seperti pecah ketuban, keluar darah berlendir dan kontraksi masih belum ada dan hari nie juga aku membuat lawatan ke KKIA Kinabutan, Tawau utk pemeriksaan seperti biasa. Alhamdulillah kandunganku dalam keadaan baik ketika nie, jururawat siap puji HB ku sangat cantik iaitu 13.0gm%. Sesuatu yg sangat melegakan hati sebab almaklumlah sejak mengandung HB memang sangat tidak konsisten, jika HB rendah maka tinggilah kerisauan.. heheh. Ibu2 yg mengandung memang sangat peka dan tau apa itu HB, kan? Tapi perasaan bosan dan jenuh ke klinik semakin menebal di jiwa kerana aku sebenarnya sudah tidak sabar utk mengeluarkan anak dari dalam perut nie. Ketika nie perut ku pun sudah semakin turun ke bawah. Tapi Allah Maha Mengetahui. Mungkin belum masanya utk baby keluar. Aku akur.

6 Jun 2013
::: Lagi lawatan ke KKIA sebab belum ada tanda2 utk bersalin. Sabor ajelah. Nampaknya baby suka duduk lama2 dalam rahim ibunya nie, huhuhu. Bagaimanapun kandunganku masih dalam keadaan baik tapi kakiku semakin membengkak. Doktor kata itu normal cuma kena kurangkan makan garam dan banyakkan berjalan. Oh iya, sebagai informasi banyak berjalan juga membantu utk mempercepatkan kontraksi apatah lagi di hujung2 trimester terakhir. Paling baik apabila berjalan-jalan utk mencari makan dan membeli belah, kan puan2? (: sukalah tue.

10 Jun 2013
::: Genap seminggu selepas tarikh aku dijangkakan bersalin dan memandangkan tanda2 utk bersalin belum juga wujud dlm diri nie, maka aku membuat lawatan sekali lagi ke KKIA, huhuhuuu. Dengan jujur, ikhlas, bersih, cekap dan amanahnya ku katakan bahawa sesungguhnya aku sangat tidak suka keadaan dlm klinik yg teramat sesak dan bab menunggu giliran itulah yg sungguh seksa dan menyeksakan. Apa pun inilah kali terakhir aku menjejakkan kaki ke klinik nie sebelum bersalin sebab hari nie doktor telah mengeluarkan surat utk aku merujuk ke hospital dua hari lagi sama ada tanda2 hendak bersalin sudah menampakkan dirinya ataupun belum... huhh tarik nafas sebentar, ayat tadi terasa sangat panjang . Ceritanya aku kena menyerah diri di hospital dua hari lagi sebab kandungan pada masa tue sudahpun terlebih 9 hari.

12 Jun 2013
::: Nampaknya aku benar2 terpaksa menyerah diri di hospital sebab sampai ke hari nie masih belum ada tanda2 utk bersalin. Tidak putus ku berdoa semoga proses bersalin dipermudahkan nanti. Rasa risau juga kenapa aku belum mengalami sebarang tanda. Hal ini sangat mengganggu fikiran ku. Aku cuba tenangkan diri dan banyakkan bersabar atas dugaan nie. Aku yakin Allah telah mengatur apa yg terbaik utk diriku. Maka bermulalah debaranku, debaran suamiku dan debaran seisi keluarga sebelahku dan debaran sebelah suamiku (berapa banyak debaranlah, heheheh. Ingin menunjukkan betapa berdebar-debarnya dlm hatiku nie) apabila pada pukul 11:35am encik suami dan mak aku menghantarku utk mendaftar masuk ke Hospital Besar Tawau.

::: Pada mulanya aku ditempatkan di Wad ABC (Alternative Birth Centre) iaitu wad bersalin bagi ibu2 mengandung yg tidak mengalami sebarang risiko. Doktor, staff nurse dan jururawat pelatih pun menjalankan tugas mereka. CTG (Cardiotopograph) dibuat di mana alat utk mengesan degupan jantung baby tue diletakkan di atas perut dan menurut doktor aku mengalami kontraksi tapi masih awal lagi, contraction 1 in 10min dan VE (Vagina Examination) juga dilakukan iaitu memeriksa bukaan pintu rahim yg tidak seberapa mau buka lagi.. huhuhu apa pun aku bersyukur sebab walaupun kontraksi agak lambat tapi itu adalah salah satu tanda hendak bersalin. Namun selepas segalanya diperiksa termasuk pemeriksaan tekanan darah dan Palpation iaitu pemeriksaan kedudukan bayi di abdomen serta soal siasat bagai daripada doktor akhirnya pihak mereka memutuskan utk aku dimasukkan ke Wad 1. Lebih kurang pukul 07:00pm aku dipindahkan di Wad 1 memandangkan diriku nie mengalami risiko Asthma. Ketika itu selepas suami menghantar kpd ku barang2 keperluan ku dan baby dengan rasa penuh syahdunya aku akan menginap di hospital nie tidak tau utk berapa hari. Pemeriksaan darah dan degupan jantung baby tekun dilakukan oleh staff nurse menjelang waktu tengah malam. Pada malam itu juga VE dilakukan lagi, sungguh2 pemeriksaan bukaan pintu rahim nie sangat menyakitkan hati dan tutttttt. Bukaan pada ketika tue baru 1cm. 

13 Jun 2013
::: Bangun pagi di hospital selepas tidur yg tidak seberapa mau tidur aku merenung bagaimana nasib diri hari nie. Adakah tanda2 hendak bersalin semakin menampakkan dirinya. Doktor memanggilku utk buat scan kandungan. Dengan rasa penuh konfidennya doktor tue mengatakan kandunganku dlm keadaan baik dan aku bakal dapat baby girl walaupun scan sebelum nie doktor lain memberitahu baby boy.. huhuh aku tidak kisah lagi pasal jantina anakku nanti yg penting aku selamat keluarkannya dari perut nie. Selepas sarapan pagi doktor lain pula datang memeriksa keadaanku. Aku mengadu ada sakit perut sikit, mild contraction agaknya. Tapi kontraksi masih macam semalam, 1 in 10min.. sedihnya, kenapa kontraksi sangat lambat. Menurut doktor kena buat VE kejap lagi harap2 bukaan pintu rahim semakin besar. Dan keputusan bukaan adalah 2cm sahaja, huhuhu. Memandangkan bukaan masih sebesar itu doktor memberitahu bahawa jika kontraksi juga masih dlm keadaan begitu maka esok pagi aku akan kena induce. Hah?? takutnya aku.. dengar cerita dari kawan2 kontraksi yg berlaku secara induce lebih kuat sakitnya dari kontraksi secara semulajadi. Sabor ajelah. Bersabarlah hati menunggu detik2 kecemasan, aku semakin memujuk baby keluar cepat.. kalau boleh janganlah sampai aku kena induce. Ya Allah permudahkanlah, jangan dipersulitkan. 

::: Namun tanpa disangka selepas aku solat Maghrib malam tue ada keluar darah berlendir, eh eh.. nie salah satu tanda hendak bersalin juga nie. Harap2 terhindarlah diriku nie dari kena induce esok pagi... yeah yeahhh. Cepat2 aku beritahu kpd staff nurse walaupun sebenarnya keluar darah tue bukan tanda hendak bersalin dgn cepat, paling tidak pun dlm beberapa jam lagi. Dengan itu kemungkinan aku akan bersalin esok. Cukuplah utk melegakan sikit hatiku. Malam itu lebih kurang pukul 11:00pm aku diperiksa lagi tapi graf kontraksi masih tidak berubah begitu juga dgn bukaan pintu rahim walaupun aku rasa perut semakin sakit dan memulas-mulas. Menurut staff nurse aku akan diperiksa lagi awal pagi esok. 

14 Jun 2013
::: Lebih kurang pukul 04:30am staff nurse datang mengejutkanku utk diperiksa. Masa tue aku agak kehairanan sikit sebab aku tidak merasakan sakit perut macam semalam. Ohh, anak dlm perut nie tengah tidur agaknya... hehehe. Menurut staf nurse graf kontraksi ku ketika nie ada cantik sikit. Aku tidak tahu di sudut mana cantiknya. Mungkin sudah semakin kerap, 2 in 10min kah? mungkinlah. Tiba2 seorang doktor wanita india datang utk buat VE. Huhhhh bab nie lah yg agak menggerunkan. Selama aku menginap di hospital beberapa hari nie sudah 7 kali buat VE, aduihhh. Sabor ajelah. Dan akhirnya pintu rahim sudah terbuka 3cm. Selepas itu staff nurse mengarahkanku mengemas barang dan sediakan baju baby utk dibawa masuk ke LR (labour room) bilik bersalin. Fuhhh.. Alhamdulillah kejap lagi aku akan ke LR sebab dijangkakan aku akan bersalin dalam beberapa jam lagi. Aku sempat menghubungi encik suamiku utk beritahu takut2 bila sudah dimasukkan ke LR nanti aku terputus hubungan dgn dunia luar sebab tidak dibenarkan membawa masuk henpon, harap maklum. Akhirnya aku tidak sempat berjumpa dgn encik suami. Aku masuk LR pukul 06:00am.

::: Hampir 3 jam aku dlm LR tapi pintu rahim masih terbuka 3cm walaupun sakit kontraksi semakin menjadi-jadi. Masa tue agak berpeluh juga ku menahan kesakitan dan sesekali airmataku menitis. Lebih kurang pukul 09:30am seorang doktor buat VE dan pada masa tue bukaan sudah 5cm, huhuhu. Baru 5cm jauh lagi utk bukaan penuh iaitu 10cm. Aku tabahkan hati. Apabila sakit kontraksi datang aku cuba tarik nafas dan kadang2 rasa macam sudah tidak boleh utk bernafas, sangat sakit. Sambil menanggung kesakitan di bahagian belakang dan punggung yg tidak dapat aku ungkapkan lagi dgn kata2, ada ketikanya ku merasakan kepala nie sangat pening. Lampu di LR seakan-akan berpusing-pusing pada pandangan mataku. Rasa hendak pengsan pun ada walaupun sebenarnya belum pernah aku merasakan pengsan (:

::: Sakit belakang dan punggung ku semakin kuat kurasakan. Jururawat pelatih yg menjagaku sejak mula aku masuk LR nie cukup tabah apabila setiap kali kontraksi aku akan menarik lengan gadis itu, huhuhu "maafkan kakak ya cik adik" kata hatiku. Menurut jururawat pelatih tue kontraksi pada ketika ini 4 in 10min. Patutlah semakin kerap kurasa sakit. Lebih kurang pukul 10:00am aku rasa macam hendak buang air besar. Aku beritahu cik adik yg manis tue minta panggil doktor sebab aku sudah tidak tahan lagi. Seorang doktor pun datang utk buat VE dan bukaan sudahpun 9cm lalu persediaan menyambut baby dibuat serta merta. Maka beberapa orang doktor dan staff nurse yg lain pun datang beramai-ramai mengadap diriku, huhuhu. Bermulalah saat2 di mana aku menggadai nyawa utk mengeluarkan anak yg ku kandungkan selama 41 minggu. Ya Allah bantulah aku. Permudahkanlah kerja2 mereka yg membantuku menyambut kelahiran baby ku nie. Hampir sejam berlalu akhirnya vacuum juga digunakan utk turut membantu menarik kepala anak ku keluar sebab aku tidak dapat meneran dgn baik. Alhamdulillah, akhirnya selamat keluar seorang bayi lelaki dan doktor meletak anak kecil yg suci murni itu di atas perut ku diiringi suara tangisannya yg pertama, sungguh hiba kurasakan. Ya Allah, Alhamdulillah.. Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia wahai anakku...


Muhammad Faiz Zamani Bin Fuadhasan Adisuryo
14 Jun 2013
Jumaat
10:58am
3.2kg


Umur 1 hari

Umur 1 bulan

Umur 2 bulan

Hari nie, umur 3 bulan 3 hari

Huhuhu, panjang lebar cerita proses aku bersalin nie kan. Bila dikenang semula rasa serik juga utk melahirkan anak selepas nie tapi sesungguhnya sakit bersalin aku sudah lupa macam mana rasanya. Semoga ada rezeki lagi utk mengandung dan melahirkan anak seterusnya. Kudoakan semoga anakku Faiz berjaya di dunia dan akhirat.



Khamis, 11 April 2013

♥ Destinasi Cinta ♥ Korea Selatan ~ Episod 1 ~

Assalamualaikum..

Ikutilah cerita cinta romantika ini tanpa rasa jemu dan pedih ulu hati atau sakit hati kerana cemburukan aku. Hehehe (gelak perasan). Jangan marah. Tentunya ini adalah pengalaman dan kenangan indah dlm hidupku. Semoga ada yg dapat dikongsikan bersama di sini.

Pada 17-22 Februari 2013 bagaikan tidak percaya aku selamat pergi dan balik dari Korea Selatan bersama suami tercinta. Setelah sekian lamanya aku mengimpikan utk sampai ke sana akhirnya dpt juga aku merasa musim sejuk di Seoul. Apa yg paling jelas menuju ke destinasi cinta nie ibarat perjalanan berani mati kerana inilah buat pertama kalinya kami berdua suami isteri pergi luar negara tanpa pemandu arah. Hanya berbekalkan keyakinan bahawa Allah akan melindungi kami dan aku sangat percaya suamiku tidak akan menyesatkan kami di sana. Sememangnya persiapan encik suami cukup rapi dlm mempelajari selok belok jalan dan bagaimana cara membawa diri di negara pilihan kami utk memadu kasih nie. Bulan madu kah? Heheheh.. anggaplah berbulan madu dan yg sangat membahagiakan lagi adalah kerana ketika itu aku sedang mengandung 25 minggu.

Pada mulanya aku cukup risau akan kesihatan ku bila berada di sana. Aku nie jenis yg tidak tahan sejuk. Tahan tue boleh sebenarnya tapi aku takut penyakit Asthma aku datang menyerang. Tapi syukur Alhamdulillah masalah tue tdk terjadi di sana cuma masalah lain pula yg aku alami. Aku sakit kaki. Huhuhu. Maklumlah sejuk punya pasal juga yg membuat aku rasa seluruh badan aku berat dan kaki tersangatlah sakit utk berjalan. Hari pertama lagi aku sudah merasa betapa sengsaranya utk aku melangkahkan kaki. Encik suamiku boleh pula berjalan mcm biasa dan sungguh bersahaja. Cemburunya aku. Lebih menyakitkan lagi bila melihat masyarakat di sana bergerak tersangatlah laju. Berjalan dan berlari mengejar apa aku pun tdk tahu.. huhuhu. Maka aku terpaksa berjalan mengikut kudratku. Sabarlah.. mahu berjimat punya pasal kenalah banyak berjalan kaki. Hehehe. Naik dan turun tangga terlalu kerap di stesen subway memang sangat mencabar aku ditambah lagi keadaan tempat yg kami lawati kebanyakannya berbukit-bukau.


EPISOD 1 ♡ Hari Pertama ( 17.02.2013 )

Korea Aku Datang ^_^

Kami mendarat di lapangan terbang Incheon, Seoul kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan. Dgn menaiki kapal terbang AirAsia penerbangan dari LCCT Kuala Lumpur ke sana mengambil masa lebih kurang 7 jam.  Sebaik saja keluar dari bangunan terminal dan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa wajahku yg tak seberapa nak ayu nie :p aku tdk henti memuji Allah. Subhanallah... Maha Suci Allah, sungguh indah cuaca sejuk ini. Suhu -2ºC menyambut kedatangan kami. Nasib baik aku sudah siap sedia memakai baju sejuk sejak dari Kuala Lumpur lagi. Hehehe.

Sebaik keluar dari bangunan terminal lapangan terbang Incheon (:

Dari lapangan terbang kami terus menuju ke Hoegi dgn menaiki train semestinya utk daftar masuk di bilik penginapan kami. Suamiku memilih Co'op Residence sebagai tempat utk kami menginap selama berada di sana kerana hotel nie sangat dekat dgn stesen subway yg akan kami guna pakai setiap hari. Guna pakai? Okey :). Selesai daftar kami masuk ke bilik utk menyimpan barang dan cepat-cepat bersiap utk keluar. Tdk perlu berehat walau sebentar sekali pun kerana kami sudah tdk sabar utk berjalan. Di samping itu kami kena mengikuti jadual yg telah disediakan oleh encik suami. Sesungguhnya masa itu emas, kan? Sangat skema di situ :)

Seoul Central Mosque, Itaewon
Destinasi pertama kami adalah ke masjid sentral di Itaewon yg terletak di kawasan bukit. Pada awalnya aku memang sungguh bertenaga melalui jalan-jalan di situ sambil melihat deretan kedai yg menjual pelbagai barangan. Ada kedai pakaian, kedai buah-buahan dan yg menariknya banyak restoran halal boleh didapati di sini. Apa-apa pun kami terus ke masjid dulu utk tunaikan solat Zohor. Selepas tue apa lagi kalau bukan mengisi perut dgn makanan Korea. Emmm..

Masjid @ Itaewon
Alhamdulillah selesai solat ambil gambar dulu ^_^

With my priority after Allah and Rasulullah

Pemandangan di sekitar kawasan bandar Itaewon laluan menuju ke
Central Mosque :-





My Ninja Warrior ♡

Kami makan di sini

Kami makan yg nie saja
Kim-chi Chi-gae
dan
Bol-go-gi Dukbaegi

The War Memorial & Museum of Korea
Walaupun penat berjalan sudah mulai aku rasakan tapi tenagaku bertambah sedikit selepas makan. Alhamdulillah.. sedap Bol-go-gi Dukbaegi tue. Sup daging lembu. Tapi kami tdk boleh membuang masa selepas makan (hakikatnya masa kami sudah terbuang sewaktu menunggu hidangan disediakan tadi.. cukup lama juga kami menunggu. huhuhu) kami teruskan perjalanan menuju ke War Memorial & Museum of Korea yg terletak di Yongsan-dong, Yongsan-gu, Seoul. Cara utk ke sana dari Itaewon aku tdk pandai terangkan sebab aku dipandu arah oleh encik suami. Apa yg pasti kami naik train dan pendek kata aku ikut saja ke mana encik suami membawaku. Aku sedaya upaya menghayun langkah tetapi bagaikan berjalan sambil menutup mata. Hehehe. Kawasan yg kami lawati nie sangat luas dan sudah pastinya mencabar aku utk berjalan. Apa pun sungguh seronok melawat ke tempat nie dan masuk adalah percuma :)

Welcome to...

Bangunan Muzium













N Seoul Tower
Hari sudah petang. Menurut suami jadual kami terpaksa diubah yg mana sepatutnya selepas dari muzium tadi kami akan ke Namsangol Hanok Village iaitu sebuah kawasan perkampungan tradisional dan kebudayaan masyarakat Korea di Namsan. Tetapi sayangnya kami tdk cukup masa dan mengikut jadual juga kami mesti sampai ke N Seoul Tower sebelum hari gelap. Maka lawatan ke Namsangol Hanok Village serta merta dibatalkan. Jadi kami teruskan perjalanan ke N Seoul Tower utk lawatan seterusnya di mana menara yg khabarnya selalu menjadi lokasi penggambaran drama Korea itu terletak di puncak Gunung Namsan, Seoul. Walaubagaimanapun utk pergi ke bangunan Namsan Cable Car kami harus berjalan kaki di laluan yg berbukit sebelum sampai ke menara. Huhuhu.

Mendaki bukit dgn langkah perlahan sambil pegang perut dan berzikir.
Baby ku sayang ♥ 

Tempat yg hendak dituju sudah kelihatan tapi
masih jauh lagi utk sampai ke situ :(

Naik tangga yg punyalah tinggi dan
bila nampak yg nie boleh senyum sikit ;)

Pergilah sini utk naik cable car ke menara.
Klu mau jalan kaki ke menara pun boleh tapi kami tdk mau.
Hehehe. Alamat encik suami akan mendukung dua orang. Kasian pula kan :p

Bandaraya Seoul dari dlm cable car. Hari hampir senja

Sudah sampai di puncak Gunung Namsan. Perkarangan menara

N Seoul Tower pada waktu senja

Senyum tak perlu kata apa-apa

Sebelum naik ke menara kami pergi muzium nie dulu.
Terletak di bawah menara tue saja



Oppa.. (:



Yg nie boleh dilihat dari menara.

Keluar saja dari bangunan menara tue sah hari sudah malam.
Kami ke kawasan 'kunci cinta' yg sangat popular nie pula.
Sekadar ambil gambar saja tdk buat kunci pun.
Lihatlah suamiku yg nakal dan manja itu ^_^

♥ F & H ♥

Muka serius yg tidak boleh blah..♥..

N for Nuranee (:

N Seoul Tower pada waktu malam

Turun tangga sebelum naik cable car utk meninggalkan N Seoul Tower

Berjalan menuruni bukit utk kembali ke pangkal jalan. Hehehe
Balik hotel utk merehatkan diri.

Sekembalinya kami ke hotel maka episod 1 yg merupakan hari pertama kami di Korea Selatan nie pun berakhir. Penat memang tdk terkata tapi Alhamdulillah kami tdk mengalami sebarang masalah. Pepatah melayu "malu bertanya sesat jalan" langsung tdk wujud di sini sebab kebanyakan papan tanda mudah utk difahami dan keyakinan diri suamiku cukup membantu perjalanan kami. Syukurlah hari nie kami tdk sesat. Hehehe. Pesanku kpd sesiapa yg berkenaan rajin-rajinlah baca ayat di bawah nie walau di mana saja berada. Semoga bermanfaat. :)

Aku amalkan baca ayat nie sambil usap perut.
Baby ku sayang ♥


Bersambung...