Assalamualaikum..
Ikutilah cerita cinta romantika ini tanpa rasa jemu dan pedih ulu hati atau sakit hati kerana cemburukan aku. Hehehe (gelak perasan). Jangan marah. Tentunya ini adalah pengalaman dan kenangan indah dlm hidupku. Semoga ada yg dapat dikongsikan bersama di sini.
Pada 17-22 Februari 2013 bagaikan tidak percaya aku selamat pergi dan balik dari Korea Selatan bersama suami tercinta. Setelah sekian lamanya aku mengimpikan utk sampai ke sana akhirnya dpt juga aku merasa musim sejuk di Seoul. Apa yg paling jelas menuju ke destinasi cinta nie ibarat perjalanan berani mati kerana inilah buat pertama kalinya kami berdua suami isteri pergi luar negara tanpa pemandu arah. Hanya berbekalkan keyakinan bahawa Allah akan melindungi kami dan aku sangat percaya suamiku tidak akan menyesatkan kami di sana. Sememangnya persiapan encik suami cukup rapi dlm mempelajari selok belok jalan dan bagaimana cara membawa diri di negara pilihan kami utk memadu kasih nie. Bulan madu kah? Heheheh.. anggaplah berbulan madu dan yg sangat membahagiakan lagi adalah kerana ketika itu aku sedang mengandung 25 minggu.
Pada mulanya aku cukup risau akan kesihatan ku bila berada di sana. Aku nie jenis yg tidak tahan sejuk. Tahan tue boleh sebenarnya tapi aku takut penyakit
Asthma aku datang menyerang. Tapi syukur Alhamdulillah masalah tue tdk terjadi di sana cuma masalah lain pula yg aku alami. Aku sakit kaki. Huhuhu. Maklumlah sejuk punya pasal juga yg membuat aku rasa seluruh badan aku berat dan kaki tersangatlah sakit utk berjalan. Hari pertama lagi aku sudah merasa betapa sengsaranya utk aku melangkahkan kaki. Encik suamiku boleh pula berjalan mcm biasa dan sungguh bersahaja. Cemburunya aku. Lebih menyakitkan lagi bila melihat masyarakat di sana bergerak tersangatlah laju. Berjalan dan berlari mengejar apa aku pun tdk tahu.. huhuhu. Maka aku terpaksa berjalan mengikut kudratku. Sabarlah.. mahu berjimat punya pasal kenalah banyak berjalan kaki. Hehehe. Naik dan turun tangga terlalu kerap di stesen
subway memang sangat mencabar aku ditambah lagi keadaan tempat yg kami lawati kebanyakannya berbukit-bukau.
EPISOD 1 ♡ Hari Pertama ( 17.02.2013 )
|
Korea Aku Datang ^_^ |
Kami mendarat di lapangan terbang
Incheon, Seoul kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan. Dgn menaiki kapal terbang AirAsia penerbangan dari LCCT Kuala Lumpur ke sana mengambil masa lebih kurang 7 jam. Sebaik saja keluar dari bangunan terminal dan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa wajahku yg tak seberapa nak ayu nie :p aku tdk henti memuji Allah. Subhanallah... Maha Suci Allah, sungguh indah cuaca sejuk ini. Suhu -2ºC menyambut kedatangan kami. Nasib baik aku sudah siap sedia memakai baju sejuk sejak dari Kuala Lumpur lagi. Hehehe.
|
Sebaik keluar dari bangunan terminal lapangan terbang Incheon (: |
Dari lapangan terbang kami terus menuju ke
Hoegi dgn menaiki
train semestinya utk daftar masuk di bilik penginapan kami. Suamiku memilih
Co'op Residence sebagai tempat utk kami menginap selama berada di sana kerana hotel nie sangat dekat dgn stesen
subway yg akan kami guna pakai setiap hari. Guna pakai? Okey :). Selesai daftar kami masuk ke bilik utk menyimpan barang dan cepat-cepat bersiap utk keluar. Tdk perlu berehat walau sebentar sekali pun kerana kami sudah tdk sabar utk berjalan. Di samping itu kami kena mengikuti jadual yg telah disediakan oleh encik suami. Sesungguhnya masa itu emas, kan?
Sangat skema di situ :)
Seoul Central Mosque, Itaewon
Destinasi pertama kami adalah ke masjid sentral di
Itaewon yg terletak di kawasan bukit. Pada awalnya aku memang sungguh bertenaga melalui jalan-jalan di situ sambil melihat deretan kedai yg menjual pelbagai barangan. Ada kedai pakaian, kedai buah-buahan dan yg menariknya banyak restoran halal boleh didapati di sini. Apa-apa pun kami terus ke masjid dulu utk tunaikan solat Zohor. Selepas tue apa lagi kalau bukan mengisi perut dgn makanan Korea. Emmm..
|
Masjid @ Itaewon
Alhamdulillah selesai solat ambil gambar dulu ^_^ |
|
With my priority after Allah and Rasulullah |
Pemandangan di sekitar kawasan bandar Itaewon laluan menuju ke
Central Mosque :-
|
♡ My Ninja Warrior ♡ |
|
Kami makan di sini |
|
Kami makan yg nie saja
Kim-chi Chi-gae
dan
Bol-go-gi Dukbaegi |
The War Memorial & Museum of Korea
Walaupun penat berjalan sudah mulai aku rasakan tapi tenagaku bertambah sedikit selepas makan. Alhamdulillah.. sedap
Bol-go-gi Dukbaegi tue. Sup daging lembu. Tapi kami tdk boleh membuang masa selepas makan
(hakikatnya masa kami sudah terbuang sewaktu menunggu hidangan disediakan tadi.. cukup lama juga kami menunggu. huhuhu) kami teruskan perjalanan menuju ke
War Memorial & Museum of Korea yg terletak di
Yongsan-dong, Yongsan-gu, Seoul. Cara utk ke sana dari
Itaewon aku tdk pandai terangkan sebab aku dipandu arah oleh encik suami. Apa yg pasti kami naik
train dan pendek kata aku ikut saja ke mana encik suami membawaku. Aku sedaya upaya menghayun langkah tetapi bagaikan berjalan sambil menutup mata. Hehehe. Kawasan yg kami lawati nie sangat luas dan sudah pastinya mencabar aku utk berjalan. Apa pun sungguh seronok melawat ke tempat nie dan masuk adalah percuma :)
|
Welcome to... |
|
Bangunan Muzium |
N Seoul Tower
Hari sudah petang. Menurut suami jadual kami terpaksa diubah yg mana sepatutnya selepas dari muzium tadi kami akan ke Namsangol Hanok Village iaitu sebuah kawasan perkampungan tradisional dan kebudayaan masyarakat Korea di Namsan. Tetapi sayangnya kami tdk cukup masa dan mengikut jadual juga kami mesti sampai ke N Seoul Tower sebelum hari gelap. Maka lawatan ke Namsangol Hanok Village serta merta dibatalkan. Jadi kami teruskan perjalanan ke N Seoul Tower utk lawatan seterusnya di mana menara yg khabarnya selalu menjadi lokasi penggambaran drama Korea itu terletak di puncak Gunung Namsan, Seoul. Walaubagaimanapun utk pergi ke bangunan Namsan Cable Car kami harus berjalan kaki di laluan yg berbukit sebelum sampai ke menara. Huhuhu.
|
Mendaki bukit dgn langkah perlahan sambil pegang perut dan berzikir.
Baby ku sayang ♥ |
|
Tempat yg hendak dituju sudah kelihatan tapi
masih jauh lagi utk sampai ke situ :( |
|
Naik tangga yg punyalah tinggi dan
bila nampak yg nie boleh senyum sikit ;) |
|
Pergilah sini utk naik cable car ke menara.
Klu mau jalan kaki ke menara pun boleh tapi kami tdk mau.
Hehehe. Alamat encik suami akan mendukung dua orang. Kasian pula kan :p |
|
Bandaraya Seoul dari dlm cable car. Hari hampir senja |
|
Sudah sampai di puncak Gunung Namsan. Perkarangan menara |
|
N Seoul Tower pada waktu senja |
|
Senyum tak perlu kata apa-apa |
|
Sebelum naik ke menara kami pergi muzium nie dulu.
Terletak di bawah menara tue saja |
|
Oppa.. (: |
|
Yg nie boleh dilihat dari menara. |
|
Keluar saja dari bangunan menara tue sah hari sudah malam.
Kami ke kawasan 'kunci cinta' yg sangat popular nie pula.
Sekadar ambil gambar saja tdk buat kunci pun.
Lihatlah suamiku yg nakal dan manja itu ^_^ |
|
♥ F & H ♥ |
|
Muka serius yg tidak boleh blah..♥.. |
|
N for Nuranee (: |
|
N Seoul Tower pada waktu malam |
|
Turun tangga sebelum naik cable car utk meninggalkan N Seoul Tower |
|
Berjalan menuruni bukit utk kembali ke pangkal jalan. Hehehe
Balik hotel utk merehatkan diri. |
Sekembalinya kami ke hotel maka episod 1 yg merupakan hari pertama kami di Korea Selatan nie pun berakhir. Penat memang tdk terkata tapi Alhamdulillah kami tdk mengalami sebarang masalah. Pepatah melayu "malu bertanya sesat jalan" langsung tdk wujud di sini sebab kebanyakan papan tanda mudah utk difahami dan keyakinan diri suamiku cukup membantu perjalanan kami. Syukurlah hari nie kami tdk sesat. Hehehe. Pesanku kpd sesiapa yg berkenaan rajin-rajinlah baca ayat di bawah nie walau di mana saja berada. Semoga bermanfaat. :)
|
Aku amalkan baca ayat nie sambil usap perut.
Baby ku sayang ♥ |
seronoknya dpt pergi seoul.. teringin jgk nk pergi.. ;) sy nantikan sambungannya.. (x dpt pi sna utk tgk sndri, dpt bca dr pgalaman org lain pun blh la kn.. :D)
BalasPadamshasha aishah.. alhamdulillah dpt juga kakak pergi sana. mcm tak percaya. one day klu shasha dpt pergi Seoul ojo lali kongsi pengalaman juga ya. (ajar kakak ckp jawa.. hehehe)
BalasPadamhehehe.. insyaAllah akan dikongsikan.. :) ckp jawa ek? kena bukak kelas bhsa jawa la mcm nie.. :D
BalasPadam