Selasa, 17 September 2013

Pengalaman Pertama Bersalin

Assalamualaikum

Agak lama juga ku meninggalkan blog nie kan?, huhuhu.. kini tiba masanya ku menghapdet blog nie sebagai tanda melepaskan rindu di hati, aisehhh. Alhamdulillah sudah 3 bulan diriku bergelar ibu kpd seorang anak. Dengan rasa penuh syukur dan sukacitanya di kesempatan ini aku ingin menceritakan pengalaman pertama ku bersalin.

Alkisahnya aku bersalin sudah terlebih hari. Agak jauh dari tarikh yang dijangkakan. Apa pun aku bersyukur sebab proses bersalin berjalan dengan baik dan anak ku telahpun selamat lahir ke dunia yg fana ini. Tarikh jangkaan aku bersalin adalah pada awal bulan Jun 2013 dan memandangkan kumemilih utk bersalin di Tawau iaitu kampung halaman kami, maka encik suami yg bekerja nun jauh di Labuan telah berada di Tawau sejak 30 Mei 2013 lagi. Ceritanya encik suami bercuti utk melihat kelahiran anak pertama kami nie. (: Berikut adalah kronologi detik2 masam manis yg dapat ku imbas kembali.

3 Jun 2013
::: Hari nie kandunganku masuk minggu ke 40 di mana tarikh dijangkakan bersalin. Tapi tanda2 utk bersalin seperti pecah ketuban, keluar darah berlendir dan kontraksi masih belum ada dan hari nie juga aku membuat lawatan ke KKIA Kinabutan, Tawau utk pemeriksaan seperti biasa. Alhamdulillah kandunganku dalam keadaan baik ketika nie, jururawat siap puji HB ku sangat cantik iaitu 13.0gm%. Sesuatu yg sangat melegakan hati sebab almaklumlah sejak mengandung HB memang sangat tidak konsisten, jika HB rendah maka tinggilah kerisauan.. heheh. Ibu2 yg mengandung memang sangat peka dan tau apa itu HB, kan? Tapi perasaan bosan dan jenuh ke klinik semakin menebal di jiwa kerana aku sebenarnya sudah tidak sabar utk mengeluarkan anak dari dalam perut nie. Ketika nie perut ku pun sudah semakin turun ke bawah. Tapi Allah Maha Mengetahui. Mungkin belum masanya utk baby keluar. Aku akur.

6 Jun 2013
::: Lagi lawatan ke KKIA sebab belum ada tanda2 utk bersalin. Sabor ajelah. Nampaknya baby suka duduk lama2 dalam rahim ibunya nie, huhuhu. Bagaimanapun kandunganku masih dalam keadaan baik tapi kakiku semakin membengkak. Doktor kata itu normal cuma kena kurangkan makan garam dan banyakkan berjalan. Oh iya, sebagai informasi banyak berjalan juga membantu utk mempercepatkan kontraksi apatah lagi di hujung2 trimester terakhir. Paling baik apabila berjalan-jalan utk mencari makan dan membeli belah, kan puan2? (: sukalah tue.

10 Jun 2013
::: Genap seminggu selepas tarikh aku dijangkakan bersalin dan memandangkan tanda2 utk bersalin belum juga wujud dlm diri nie, maka aku membuat lawatan sekali lagi ke KKIA, huhuhuuu. Dengan jujur, ikhlas, bersih, cekap dan amanahnya ku katakan bahawa sesungguhnya aku sangat tidak suka keadaan dlm klinik yg teramat sesak dan bab menunggu giliran itulah yg sungguh seksa dan menyeksakan. Apa pun inilah kali terakhir aku menjejakkan kaki ke klinik nie sebelum bersalin sebab hari nie doktor telah mengeluarkan surat utk aku merujuk ke hospital dua hari lagi sama ada tanda2 hendak bersalin sudah menampakkan dirinya ataupun belum... huhh tarik nafas sebentar, ayat tadi terasa sangat panjang . Ceritanya aku kena menyerah diri di hospital dua hari lagi sebab kandungan pada masa tue sudahpun terlebih 9 hari.

12 Jun 2013
::: Nampaknya aku benar2 terpaksa menyerah diri di hospital sebab sampai ke hari nie masih belum ada tanda2 utk bersalin. Tidak putus ku berdoa semoga proses bersalin dipermudahkan nanti. Rasa risau juga kenapa aku belum mengalami sebarang tanda. Hal ini sangat mengganggu fikiran ku. Aku cuba tenangkan diri dan banyakkan bersabar atas dugaan nie. Aku yakin Allah telah mengatur apa yg terbaik utk diriku. Maka bermulalah debaranku, debaran suamiku dan debaran seisi keluarga sebelahku dan debaran sebelah suamiku (berapa banyak debaranlah, heheheh. Ingin menunjukkan betapa berdebar-debarnya dlm hatiku nie) apabila pada pukul 11:35am encik suami dan mak aku menghantarku utk mendaftar masuk ke Hospital Besar Tawau.

::: Pada mulanya aku ditempatkan di Wad ABC (Alternative Birth Centre) iaitu wad bersalin bagi ibu2 mengandung yg tidak mengalami sebarang risiko. Doktor, staff nurse dan jururawat pelatih pun menjalankan tugas mereka. CTG (Cardiotopograph) dibuat di mana alat utk mengesan degupan jantung baby tue diletakkan di atas perut dan menurut doktor aku mengalami kontraksi tapi masih awal lagi, contraction 1 in 10min dan VE (Vagina Examination) juga dilakukan iaitu memeriksa bukaan pintu rahim yg tidak seberapa mau buka lagi.. huhuhu apa pun aku bersyukur sebab walaupun kontraksi agak lambat tapi itu adalah salah satu tanda hendak bersalin. Namun selepas segalanya diperiksa termasuk pemeriksaan tekanan darah dan Palpation iaitu pemeriksaan kedudukan bayi di abdomen serta soal siasat bagai daripada doktor akhirnya pihak mereka memutuskan utk aku dimasukkan ke Wad 1. Lebih kurang pukul 07:00pm aku dipindahkan di Wad 1 memandangkan diriku nie mengalami risiko Asthma. Ketika itu selepas suami menghantar kpd ku barang2 keperluan ku dan baby dengan rasa penuh syahdunya aku akan menginap di hospital nie tidak tau utk berapa hari. Pemeriksaan darah dan degupan jantung baby tekun dilakukan oleh staff nurse menjelang waktu tengah malam. Pada malam itu juga VE dilakukan lagi, sungguh2 pemeriksaan bukaan pintu rahim nie sangat menyakitkan hati dan tutttttt. Bukaan pada ketika tue baru 1cm. 

13 Jun 2013
::: Bangun pagi di hospital selepas tidur yg tidak seberapa mau tidur aku merenung bagaimana nasib diri hari nie. Adakah tanda2 hendak bersalin semakin menampakkan dirinya. Doktor memanggilku utk buat scan kandungan. Dengan rasa penuh konfidennya doktor tue mengatakan kandunganku dlm keadaan baik dan aku bakal dapat baby girl walaupun scan sebelum nie doktor lain memberitahu baby boy.. huhuh aku tidak kisah lagi pasal jantina anakku nanti yg penting aku selamat keluarkannya dari perut nie. Selepas sarapan pagi doktor lain pula datang memeriksa keadaanku. Aku mengadu ada sakit perut sikit, mild contraction agaknya. Tapi kontraksi masih macam semalam, 1 in 10min.. sedihnya, kenapa kontraksi sangat lambat. Menurut doktor kena buat VE kejap lagi harap2 bukaan pintu rahim semakin besar. Dan keputusan bukaan adalah 2cm sahaja, huhuhu. Memandangkan bukaan masih sebesar itu doktor memberitahu bahawa jika kontraksi juga masih dlm keadaan begitu maka esok pagi aku akan kena induce. Hah?? takutnya aku.. dengar cerita dari kawan2 kontraksi yg berlaku secara induce lebih kuat sakitnya dari kontraksi secara semulajadi. Sabor ajelah. Bersabarlah hati menunggu detik2 kecemasan, aku semakin memujuk baby keluar cepat.. kalau boleh janganlah sampai aku kena induce. Ya Allah permudahkanlah, jangan dipersulitkan. 

::: Namun tanpa disangka selepas aku solat Maghrib malam tue ada keluar darah berlendir, eh eh.. nie salah satu tanda hendak bersalin juga nie. Harap2 terhindarlah diriku nie dari kena induce esok pagi... yeah yeahhh. Cepat2 aku beritahu kpd staff nurse walaupun sebenarnya keluar darah tue bukan tanda hendak bersalin dgn cepat, paling tidak pun dlm beberapa jam lagi. Dengan itu kemungkinan aku akan bersalin esok. Cukuplah utk melegakan sikit hatiku. Malam itu lebih kurang pukul 11:00pm aku diperiksa lagi tapi graf kontraksi masih tidak berubah begitu juga dgn bukaan pintu rahim walaupun aku rasa perut semakin sakit dan memulas-mulas. Menurut staff nurse aku akan diperiksa lagi awal pagi esok. 

14 Jun 2013
::: Lebih kurang pukul 04:30am staff nurse datang mengejutkanku utk diperiksa. Masa tue aku agak kehairanan sikit sebab aku tidak merasakan sakit perut macam semalam. Ohh, anak dlm perut nie tengah tidur agaknya... hehehe. Menurut staf nurse graf kontraksi ku ketika nie ada cantik sikit. Aku tidak tahu di sudut mana cantiknya. Mungkin sudah semakin kerap, 2 in 10min kah? mungkinlah. Tiba2 seorang doktor wanita india datang utk buat VE. Huhhhh bab nie lah yg agak menggerunkan. Selama aku menginap di hospital beberapa hari nie sudah 7 kali buat VE, aduihhh. Sabor ajelah. Dan akhirnya pintu rahim sudah terbuka 3cm. Selepas itu staff nurse mengarahkanku mengemas barang dan sediakan baju baby utk dibawa masuk ke LR (labour room) bilik bersalin. Fuhhh.. Alhamdulillah kejap lagi aku akan ke LR sebab dijangkakan aku akan bersalin dalam beberapa jam lagi. Aku sempat menghubungi encik suamiku utk beritahu takut2 bila sudah dimasukkan ke LR nanti aku terputus hubungan dgn dunia luar sebab tidak dibenarkan membawa masuk henpon, harap maklum. Akhirnya aku tidak sempat berjumpa dgn encik suami. Aku masuk LR pukul 06:00am.

::: Hampir 3 jam aku dlm LR tapi pintu rahim masih terbuka 3cm walaupun sakit kontraksi semakin menjadi-jadi. Masa tue agak berpeluh juga ku menahan kesakitan dan sesekali airmataku menitis. Lebih kurang pukul 09:30am seorang doktor buat VE dan pada masa tue bukaan sudah 5cm, huhuhu. Baru 5cm jauh lagi utk bukaan penuh iaitu 10cm. Aku tabahkan hati. Apabila sakit kontraksi datang aku cuba tarik nafas dan kadang2 rasa macam sudah tidak boleh utk bernafas, sangat sakit. Sambil menanggung kesakitan di bahagian belakang dan punggung yg tidak dapat aku ungkapkan lagi dgn kata2, ada ketikanya ku merasakan kepala nie sangat pening. Lampu di LR seakan-akan berpusing-pusing pada pandangan mataku. Rasa hendak pengsan pun ada walaupun sebenarnya belum pernah aku merasakan pengsan (:

::: Sakit belakang dan punggung ku semakin kuat kurasakan. Jururawat pelatih yg menjagaku sejak mula aku masuk LR nie cukup tabah apabila setiap kali kontraksi aku akan menarik lengan gadis itu, huhuhu "maafkan kakak ya cik adik" kata hatiku. Menurut jururawat pelatih tue kontraksi pada ketika ini 4 in 10min. Patutlah semakin kerap kurasa sakit. Lebih kurang pukul 10:00am aku rasa macam hendak buang air besar. Aku beritahu cik adik yg manis tue minta panggil doktor sebab aku sudah tidak tahan lagi. Seorang doktor pun datang utk buat VE dan bukaan sudahpun 9cm lalu persediaan menyambut baby dibuat serta merta. Maka beberapa orang doktor dan staff nurse yg lain pun datang beramai-ramai mengadap diriku, huhuhu. Bermulalah saat2 di mana aku menggadai nyawa utk mengeluarkan anak yg ku kandungkan selama 41 minggu. Ya Allah bantulah aku. Permudahkanlah kerja2 mereka yg membantuku menyambut kelahiran baby ku nie. Hampir sejam berlalu akhirnya vacuum juga digunakan utk turut membantu menarik kepala anak ku keluar sebab aku tidak dapat meneran dgn baik. Alhamdulillah, akhirnya selamat keluar seorang bayi lelaki dan doktor meletak anak kecil yg suci murni itu di atas perut ku diiringi suara tangisannya yg pertama, sungguh hiba kurasakan. Ya Allah, Alhamdulillah.. Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia wahai anakku...


Muhammad Faiz Zamani Bin Fuadhasan Adisuryo
14 Jun 2013
Jumaat
10:58am
3.2kg


Umur 1 hari

Umur 1 bulan

Umur 2 bulan

Hari nie, umur 3 bulan 3 hari

Huhuhu, panjang lebar cerita proses aku bersalin nie kan. Bila dikenang semula rasa serik juga utk melahirkan anak selepas nie tapi sesungguhnya sakit bersalin aku sudah lupa macam mana rasanya. Semoga ada rezeki lagi utk mengandung dan melahirkan anak seterusnya. Kudoakan semoga anakku Faiz berjaya di dunia dan akhirat.



4 ulasan: