Isnin, 1 April 2013

Java Island

Assalamualaikum

Pada cuti sekolah hujung tahun 2012 lepas aku dan suami bersama ibu bapa mertua serta dua adik ipar perempuan ku berkesempatan pergi ke Pulau Jawa, Indonesia. Inilah cerita aku jalan2 di luar negara. Pertama kali nie aku jalan2 di luar negara Malaysia. Sangat teruja. Masa nie aku tengah mengandung 3 bulan. Eh ok kah jalan jauh2 nie? Alhamdulillah.. macam yg aku cerita dlm post sebelum nie bahawasanya aku tdk mengalami sebarang masalah semasa mengandung seperti alahan, morning sickness dan yg sewaktu dgn nya. Syukurlah, cuma aku kena berhati-hati dan harus sentiasa menjaga kandungan agar selamat walau di mana saja berada.

Penerbangan kami ke Yogyakarta, Indonesia bersama AirAsia dari LCCT Kuala Lumpur lebih kurang jam 3 petang. Cuaca agak mendung ketika penerbangan kami berlepas dan dpt aku rasakan gegaran yg membuat aku rasa panik sekejap seawal 15 minit di udara. Apa lagi serta merta aku ingin mengepit peha encik suami di sebelah ku sambil mata sedikit terpejam.. huhuhu. Akhirnya kapal terbang selamat mendarat di Yogyakarta hampir Mahgrib waktu Indonesia.

Sebenarnya kami membawa diri ke Pulau Jawa nie adalah sebagai percutian sambil tue sudah tentu ingin melawat keluarga yg berada di sana selain mendapat tawaran harga tiket yg murah daripada AirAsia. Destinasi tetap kami adalah di daerah Magelang, Jawa Tengah yg mana menjadi tempat utk kami menginap selama bermusafir nie. Tapi kan yg sebenarnya aku sangat ingin pergi ke tempat nie bersama suami tercinta. Apakah nama tempat nie ya? hehehe cer tengok cer tengok gambar nie.. 


Borobudur Temple, Central Java, Indonesia

Temple nie terletak tdk jauh dr tempat tinggal kami. Jadi boleh pergi ke situ bila-bila masa saja. Seingat aku kami pergi selepas dua hari berada di Indonesia. Jangan tdk tahu yg aku sanggup panjat anak tangga setinggi tue utk naik sampai ke atas temple nie.. eh larat kah? Bolehlah.. dan berpeluh-peluh jugalah.. nah rasakan :). Tapi aku kan memang teringin pergi ke situ jadi rugi rasanya klu tdk sampai ke puncak. Macam naik gunung pula. Hehehe. Serius tempat nie sangat menarik dgn keindahan hijau bumi tuhan.

Di sekitar temple

Di persekitaran Borobudur Temple nie sebenarnya juga terdapat pasar yg menjual pelbagai cenderahati tapi sayangnya kami tdk sempat berkunjung ke pasar tersebut memandangkan waktu melawat hampir ditutup. Agak kecewa di situ. Huhuhu.

♥ Encik Suami ♥

Selain dr berkunjung ke Borobudur Temple nie ada banyak lagi tempat yg aku pergi termasuklah ke Jakarta dan Bandung. Pendek kata kebanyakannya kami lebih kpd mengunjungi rumah keluarga dan kenalan bapa mertua ku. Kiranya masa dua minggu berada di sana aku memang tdk duduk diam. Bila berjalan pd waktu siang tdklah terasa sangat penatnya tapi bila waktu malam rasa susah juga hendak tidur. Al-maklumlah tengah mengandung memang rasa tdk selesa utk tidur. Mujur kesihatan tdk terganggu.

Utk mengakhiri cerita gambar di bawah nie pastinya akan mengabadikan kenangan manis ku bersama suami ketika berada di Pulau Jawa. In shaa Allah panjang umur dan dimurahkan rezeki harap dapatlah kami ke sana lagi. Sekian.

1. Singgah makan Pecal Lele di warung tepi jalan sewaktu menuju ke Jakarta.
2. Makan bakso di Jakarta.
3. Di Magelang berlatar belakang Gunung Sumbing pd waktu pagi. Cuaca di sini agak sejuk.

Khamis, 21 Mac 2013

Mommy To Be :)

Amboi amboi... tajuk post kali nie muka ada senyum. Heheh. Assalamualaikum dan salam rindu kpd silent reader ( jika ada ).. kpd yg sudi membaca harap dpt kongsi ke"happy"an ku di sini. Post kali nie lebih kpd cerita imbas muka ( dalam bahasa sastera yg bermaksud penceritaan semula ) kerana aku baru berkesempatan beraksi lagi dalam dunia blog nie. Huhuhu. Imbas muka? Boleh pakai kah tue? Mana2 sajalah.. :)

Alhamdulillah.. syukur sangat2 kpd Allah kerana memberikanku rezeki mengandung buat kali kedua selepas setahun aku keguguran kandungan pertama. Waktu nie kandunganku sudah memasuki trimester terakhir. Biar betul? Bayangkan punya lama aku tidak update blog nie. Hampir2 terbersalin sudah rupanya. Hehehe. Sekarang kandunganku dalam minggu ke 29 maknanya ada lebih kurang dua bulan lagi aku akan menjadi ibu. In shaa Allah.

Ingin dijadikan cerita, alkisahnya aku sudah dpt agak yg aku mengandung apabila menyedari haidku lewat "mendatangkan diri" pada bulan September 2012. Mungkin sebab pengalaman mengandung pertama kali setahun lepas dan juga memandangkan aku juga mengalami kitar haid yg cukup teratur setiap bulan maka aku yakin bahawa diriku sedang mengandung. Dalam masa yg sama emosiku sangat sensitif. Kadang2 kurasa sedih tiba2 tdk tentu pasal. Aku juga mula rasa ingin makan sesuatu makanan yg kadang2 membawa kpd menyusahkan encik suamiku. Selain itu tanda2 seperti selalu ingin buang air kecil, penat dan mengantuk gila juga aku alami. Sampailah suatu masa lebih kurang dua minggu selepas haidku tdk juga datang2 maka aku dan suami mengambil keputusan utk buat UPT "urine pregnancy test".. Saspennn.. hehehe. Dan akhirnya ini adalah keputusannya... dua garis merah menandakan hasil ujian adalah positif. Mengandungkah aku? Tengok nie..

~_~

Seperti yg sudah aku jangkakan. Tapi ujian nie dibuat hanya utk memastikan saja. Selepas ujian nie dibuat pada waktu pagi di rumah maka pada sebelah petangnya suami membawa ku ke klinik bagi menambahkan lagi kepuasan hati kami menjawab persoalan nie. Di klinik doktor telah scan  dan jelas terlihat ada sesuatu di dalam rahimku. Aku dan suami senyum dgn penuh syukur. Doktor juga mengesahkan bahawa esok bersamaan 15 Oktober 2012 kandunganku akan masuk 7 minggu. Alhamdulillah :)

Lihatlah si kecil itu sewaktu berusia 6 minggu 6 hari di alam rahim. huhuhu

Aku sangat gembira saat itu bila melihat janin yg ada di dalam rahimku sudah memperlihatkan gerakan denyutan jantungnya. Sangat menyentuh perasaanku. Dgn itu doktor menyarankan agar aku segera membuat kad merah sebagai rekod kesihatan ibu mengandung. Hemmm.. kad merah?? Aku pun pergilah ke klinik kesihatan dgn tak seberapa nak segera. Tdk silap aku rekod kesihatan itu aku miliki ketika kandunganku berusia 9 minggu.

Buku Rekod Kesihatan Ibu a.k.a Kad Merah, Buku Merah atau Buku Merah Jambu milikku (:  

Utk mendapatkan kad merah tue memang agak menjemukan sikit bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku tue hanyalah perkara kecil kerana encik suami setia menemaniku di klinik. Walaubagaimanapun pergi ke klinik kesihatan yg berdekatan dgn kediaman seawal mungkin adalah sangat digalakkan. Ini kerana proses utk mendaftar kali pertama mengambil masa yg agak lama. Tapi sebelum pergi ke klinik tue pastikan salinan dokumen yg diperlukan dibawa bersama. Jika dokumen2 tue tiada maka hajat anda utk memiliki kad itu secara automatik tdk akan tercapai. Pesanan ini ditujukan kpd sesiapa yg berkenaan. Harap maklum. Harus diingat bahawa kad merah nie perlu disimpan dan dijaga sebaik mungkin serta wajib dibawa setiap kali lawatan ke klinik atau hospital jika ada kecemasan serta sebarang masalah mengenai kandungan. Sejak memiliki kad merah tue setiap hari aku kena makan vitamin yg diberikan setiap kali lawatan ke klinik. Demi kesihatan aku dan si kecil dalam perut ku. Huhuhu..

Bercerita tentang keadaanku selama 7 bulan aku mengandung nie, Alhamdulillah nampak baik2 saja. Dari awal aku tdk mengalami sebarang alahan. Aku juga tdk mengalami morning sickness yg teruk atau tak seberapa nak teruk. Memandangkan aku tdk mengalami sebarang masalah semasa mengandung di trimester pertama tue maka aku telah berkesempatan pergi ke luar negara. Tapi itu akan aku ceritakan di post akan datang. Apa yg pasti sekarang nie aku sudah sangat teruja menanti kehadiran cahaya mata, cahaya cinta aku dan suami. Keterujaanku semakin ke tahap maksima apabila suami membawa aku shopping barangan baby. Suka.. :D

Yang tersedia setakat minggu ke 29.

Rasanya cukup sampai di sini aku bercerita tentang diriku yg sedang mengandung nie. Walaupun penambahan berat badan ku kini tak seberapa nak berat tapi perut aku sah semakin memboyot. Si kecil pun semakin aktif menendang dan menumbuk kuat dari dalam perut. Huhuhu... pengalaman yg pasti menjadi sangat manis bagiku. Ucapan jutaan terima kasihku yg tdk terhingga kpd suami tercinta yg memahami keadaan diriku yg semakin kuat makan nie.. hehehe. Pengorbanan dan pengertiannya sangat aku hargai. Satu yg sangat aku syukuri suamiku juga sangat bersabar dgn sikapku. Apa pun aku mohon doa kalian semoga anugerah terindah ini dapat kulahirkan ke dunia dgn mudah dan selamat. Aamiin.


Jumpa lagi di cerita jalan2 ke luar negara nanti.. ^_^

Isnin, 1 Oktober 2012

Aku Dan Dia

Assalamualaikum.. salam mesra (:

Alhamdulillah, setelah lama benar tidak update blog, kini aku hadir dgn entri yg mungkin akan membosankan sesiapa yg membaca. Kpd pembaca yg sudi melayan perasaanku, sila teruskan pembacaan anda hingga ke noktah terakhir kerana anda bakal melihat bnyk gambar hiasan ^_^.. terima kasih.

Al-kisahnya, sedar tak sedar sudah sebulan aku berada di perantauan bersama dia suami tercinta selepas setahun kami berjauhan. Syukur kpd Allah Yang Maha Penyayang kerana kesabaran kami berjauhan selama ini kami dpt bersama juga akhirnya. Selama tempoh berjauhan sememangnya bnyk peristiwa sweet and sour yg ku rasakan. Masa tue kami berjumpa sebulan sekali. Sila tersenyum jika anda rasa itu adalah perkara biasa. Dan skrg aku pun boleh tersenyum kerana itulah kenangan hidup berjauhan dgn suami tercinta. Aku macam tidak percaya skrg aku secara total dpt melihat suamiku setiap hari di depan mataku.


Suamiku.. ketika zaman bujangnya.. :)


Sambung cerita... aku dgn sukacita dan berbesar hati ingin mengisahkan di sini bahawa suami ku memang seorang suami yg baik. Selama tinggal bersama aku melihat suamiku ini sangat ringan tulang, sangat suka mengajar aku tentang apa saja dan bnyk lagi sangat yg tidak dpt aku sebutkan di sini. Tapi yg paling nyata suamiku sangat penyabar. Dia sangat sabar dgn kekuranganku. Aku sedar aku masih perlu bnyk belajar tentang hal rumahtangga dan satu hal yg paling aku syukuri kerana Allah memberi peluang utk aku terus lebih mengenali suamiku.

Bercakap soal kenal atau kurang mengenali sememangnya berlaku sehinggalah aku tinggal serumah bersama suami. Al-maklumlah kami berkawin dlm tempoh sekejap saja selepas berkenalan. Pendek kata kami tidak sempat bercintan-cintun, maka kami tidak cukup mengenali diri masing-masing. Cukuplah bagi kami soal jodoh itu adalah perancangan Allah. "Kalau Allah mengkehendaki, sesiapa pun boleh jadi jodoh kamu.".. petikan dialog dari filem Ayat-ayat Cinta. Dan dialog dlm filem Salam Cinta pula adalah seperti ini "Bila bertemu dgn seseorang yg membuatkan hati kita tertarik, itu bukan pilihan, tetapi itu adalah kesempatan." ^_^ maka dgn itu masjid pun segera kami dirikan.. 



Gambar kenangan beberapa bulan sebelum kawen.. peace!!


Sememangnya dating selepas kawin adalah lebih best keadaannya di mana aku dgn tanpa segan malu dan penuh bangganya dpt berjalan dipimpin dan memimpin tangan suami walau di mana saja berada. Tapi suamiku masih kelihatan malu.. dan dia memang pemalu. Itu aku suka. Malah lebih best lagi, bersama suami ternyata bnyk perkara baru yg aku buat. Bnyk benda baru yg aku rasa. Bnyk tempat baru kakiku melangkah bersamanya. Sebagai contoh, mari tengok gambar-gambar di bawah. Maaf kalau gambar tidak menarik. Anda dibenarkan utk skrol ke bawah laju-laju jika anda tidak hingin melihatnya. ~_~


( i )

Pertama kali aku menaiki feri seminggu selepas kawen.
Pergi ke mana naik feri?
Pergi berdua bersama suami ke tempat suami membanting tulang..
(walaupun sebenarnya boleh juga naik kapal selam terbang ke sana)


( ii )
 
Yaaa.. Snorkeling!! Pertama Kali aku buat 
masa pertama kali ke Pulau Manukan bersama suami
dan kawan-kawannya.
(kami bukan seperti gambar di atas ^_^)


( iii )

Pertama kali bergambar berdua bersama suami
di Pulau Manukan. Hehehe... seakan menebus 
ketidaksempatan bergambar masa pertama kali pergi.
Kali ini aku cuma menjadi pemerhati saja dan suami tetap
snorkeling sampai kepalanya pening, katanya... huhuhu


( iv )

Pertama kali melihat mentari terbenam.
Berdua bersama suami di suatu petang yg damai 
yg ku tidak tau apa nama tempatnya.
Yg pasti nie pemandangan di Pulau Labuan.
Cantik kan??


( v )

Pertama kali aku buat aiskrim goreng
utk dimakan berdua bersama suami.
(macam sedap walaupun hampir-hampir rentung)
Dan selepas tue berkali-kali aku buat utk
meningkatkan prestasi.. (:



( vi )

 Sushi.. iya pertama kali aku makan 
makanan nie berdua bersama suami
(sungguh aku tak biasa makan sushi tapi
piri-piri chicken rice di situ memang sedap)


( vii )

Buat pertama kalinya aku berdua bersama suami
menaiki kapal terbang. Ini adalah penerbangan dari Kota Kinabalu 
ke Labuan. Sebelum tue sempat makan utk sarapan pagi
merangkap makan tengahari di lapangan terbang... hehehe
(Hari yg sama pak mertua aku berangkat ke tanah suci utk menunaikan haji)



Itulah antara lain kenangan suka suki aku bersama suami bagi tempoh setahun lebih sikit perkahwinan kami nie. Sebenarnya aku sangat bahagia dan gembira kerana suamiku kini menjadi segalanya utkku. Suami adalah bapak, mak, abang, kakak, kawan, kawan sekerja, majikan dan teman sepermainanku. Suami juga adalah guru terbaik bagi aku. Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki suamiku yg tercinta. Dan semoga aku menjadi penyeri bagi dirinya sampai syurga. Aamiin.

Terima kasih kerana sudi melayan entri nie. Sampai jumpa lagi di lain cerita. Manalah tau lepas nie ada cerita dari luar negara pula.. hehehe. ^_^



~TAMAT~





 

Sabtu, 12 November 2011

Selamat Hari Lahir Suamiku

11 Nov 2011.. sempena hari ulangtahun kelahiran ke 29 suamiku yang tercinta...

sayang ucapkan selamat hari lahir untuk abang yang jauh di mata namun sentiasa dekat di hati.
sayang doakan segalanya yang terbaik untuk kehidupan di dunia dan akhirat abang..

tak sabar mau jumpa abang.. hehehe




ada hadiah untukmu abang.. :)bukan yang ini.. :p

Jumaat, 4 November 2011

Teruja Ku Teruji

Wanita mana yang bergelar isteri tidak gembira apabila mengetahui dirinya hamil. Apa lagi kehamilan anak pertama. Begitulah aku yang hamil sebulan selepas aku menikah. Aku 'bunting pelamin' rupanya.. hamil seminggu di saat hari persandinganku. Sungguh gembira. Segala puji bagiMu Ya Allah.

Bagaimanapun, keterujaanku mengandungkan anak sulung berakhir apabila aku mengalami keguguran beberapa hari lalu di mana kandungan ku berusia 8 minggu. Ya Allah, Engkau menguji keimananku di saat aku berjauhan dengan suami tercinta. Hari yang sama aku keguguran, abang ( suami ) berangkat ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus. Itu pun sudah sebulan aku dan abang terpisah kerana abang bekerja nun jauh di sana.. Labuan, sedang aku berada di Tawau.

Seminggu sebelum keguguran, aku sudah mengalami kemurungan kerana sudah beberapa kali aku membuat pemeriksaan kandungan, janin yang ada dalam rahimku tidak menunjukkan tanda-tanda perkembangan. Beberapa hari sepanjang minggu itu aku menangis dalam doa setiap kali selepas solat. Aku mohon sangat-sangat anak yang aku kandungkan selamat. Dalam masa yang sama aku pasrah dan yakin semua ketentuan Allah adalah yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Ada hikmah yang Allah sembunyikan.

Selama aku melalui hari-hari sedih itu sehingga ke hari gugurnya kandunganku, lidah ku tidak henti-henti menyebut kalimah yang bagi aku hanya kalimah itu yang cukup membuatkan hatiku tenang dan berserah segalanya kepada Allah.. itulah kalimah Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa Sharika Lahu Lahul Mulku wa Lahul Hamdu Yuhyi wa Yumitu wa Huwa 'Alaa Kulli Shay'in Qadir.
Ya Allah.. sungguh Engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Engkau yang menghidupkan dan mematikan.. Aku yang Engkau uji sebegini hebat.. semoga aku dan abang tidak membantah kehendakMu Ya Allah. Dan semoga aku tabah menanti pertemuan dengan abang sebulan akan datang. Tetapkan kami dalam cinta kepadaMu Ya Rabb.. Amin.

Selasa, 23 Ogos 2011

Duhai Kekasihku...

Duhai Lelaki Pilihan Allah Untukku....
Entah dengan apa ku harus menggambarkan segala rasaku padamu...
Tak cukup dengan untaian kata, dan barisan kalimah indah...
Tak mampu tergambar dengan pewarna apapun, semuanya terlalu indah...
Tak kan ada kanvas yang mampu membingkai semua warna tentangmu...
Kerana kau begitu indah disini.... di hati nuraniku....
Tahukah betapa besar rasa syukurku, ketika Allah memilihku untuk menjadi pendampingmu...
Tak pernah ku merasa cukup mensyukuri nikmat itu...
Betapa bahagiaku ketika kau memilihku diantara sekian banyak bidadari yang jauh lebih indah di luar sana...
Kau tau dengan sangat tahu, aku hanya wanita dengan segala keterbatasan dan kau tetap memilihku...


Duhai Lelaki Pilihan Allah Untukku... Tahukah engkau betapa gejolak di dada ini seakan ingin meledak,membawaku ke awan yang hanya mampu ku ekspresikan dengan airmata...Ketika dari lisanmu kau sebut namaku dalam lantunan ijab kabul yang suci...Ketika itu pula ku abdikan diriku padamu, dengan segala ketundukan yang kumiliki...dan Kau tau, bahawa akan ku patuhi inginmu selama tak bermaksiat pada Sang Maha Kasih, Rabbul 'izzati....


Duhai Lelaki ku, penghìas mata dan hatiku... Tak pernah ku lalui tiap hari, tiap jam, tiap detik kecuali kulalui hanya dengan jatuh cinta padamu...Tak akan pernah berkurang rasa ini padamu,kerana disini di hati ini kaulah yang terindah...Dan akupun berharap dengan segala kekuranganku,kau sudi menjadikanku perhiasan terindah di mata dan hatimu...Aku tau, diri ini tak jelita dan tak secerdas Aisyah, apalagi setaqwa Khadijah,Namun sungguh ku akan mencintaimu seperti mereka, cinta yang terbingkai atas nama~NYA...


Duhai Pelipur Laraku... Aku pun tahu betapa lelah dan penat harimu, bergelut dengan rutin kerjamu...Kau lalui dengan penuh keikhlasan demi aku, demi amanahmu dari~NYA... Sungguh, ketika kau lelap dalam tidurmu, aku menangis menatapmu dalam wajah lelahmu...Betapa ku hargai tiap titisan keringatmu, bukan berapa banyak yang telah kau beri,namun berapa banyak cinta dalam tiap titis keringatmu, dalam tiap lelahmu...Dan aku selalu merasa cukup dengan itu...


Duhai Cintaku, Labuhan Hatiku.. pimpin tanganku ke Jannah~NYA...Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam terakhir,bersama kita mengharungi samudera cinta~NYA dalam lautan dzikir... Jangan pernah segan menegurku dalam tiap khilafku, aku adalah wanita biasa,ada kalanya ku berbuat salah padamu, maka bersabarlah padaku,jangan membentakku atau membiarkanku.. Kau tau aku adalah kaum yg tercipta dari tulang rusuk yang paling bengkok... Ada kalanya aku akan membuatmu begitu marah, maka ketahuilah olehmu bahawa DIA menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah, Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan, namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah, tapi...Jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah...Tatap mataku dengan cintamu, genggam tanganku dan nasihati aku dengan lembut...Nescaya kau akan menemukanku tersungkur menangis dalam pangkuanmu... Dan maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku...


Duhai Kasihku Dunia Akhirat... Kau adalah nahkodaku, kemana kau mengarahkan haluan rumah tangga kita,di situ pula aku akan mengikutimu...Maka jadilah Imam yang baik untukku, Ajarkan aku mencintaimu kerana~NYA...Redhalah padaku, maka Rabb kita pun akan redha padaku...Sesungguhnya Redhamu adalah Redha Illahi....Mudahkanlah jalanku ke Jannah~NYA...Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku...


Dari Ummu Salamah, Ia berkata :Rasulullah SAW bersabda "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meredhainya maka ia akan masuk Syurga"
Sungguh, cintaku padamu akan bertambah seiring ketakwaanmu pada~NYA, dan akan berkurang dengan kemaksiatanmu pada~NYA...


"Aku mencintaimu kerana Allah.."


•Yaa Rabbi•* Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak, santun dalam berbicara, tenang ketika gundah, diam ketika emosi melanda, bersabar dalam setiap ujian. Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar As-Shiddiq, sebijaksana Umar bin Khattab, sedermawan Utsman bin Affan, sepintar Ali bin Abi Thalib, sesederhana Bilal, setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
ღ Amiin ya Rabbal'alamiin...







*Hari ini genap sebulan saya bergelar isteri.. ^_^

Isnin, 27 Jun 2011

Seindah Waktu Itu




Macam Pernah Kulihat.....




Indahnya.........................